Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pangkalan Data Cathay Pacific Digodam – Maklumat Peribadi 9.4 Juta Pelanggan Dikompromi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pangkalan Data Cathay Pacific Digodam – Maklumat Peribadi 9.4 Juta Pelanggan Dikompromi

Cathay Pacific ialah syarikat penerbangan antarabangsa yang terkemuka, dan menerbangkan berjuta-juta penumpang ke seluruh dunia setiap tahun. Syarikat tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa pangkalan mereka telah digodam, dan maklumat peribadi untuk 9.4 juta pelanggan mereka turut dikompromi dalam kejadian tersebut.

Diantara maklumat yang tertiris di dalam godaman tersebut termasuklah butiran pasport, kad pengenalan, kad kredit, mata ganjaran penerbangan kerap, komen khidmat pelanggan dan juga sejarah penerbangan.

Cathay Pacific juga menyatakan kata laluan akaun pelanggan tidak terjejas, tetapi dengan butiran yang sudahpun tertiris, ini bukanlah sesuatu yang akan mengurangkan kerisauan mereka yang sering terbang bersama-sama dengan syarikat tersebut.

Walaupun laporan mengenai godaman ini baru sahaja diumumkan, Cathay Pacific berkata mereka menyedari bahawa terdapat aktiviti yang mencurigakan didalam rangkaian pangkalan data mereka pada bulan Mac tahun ini.

Apabila mereka menyedari bahawa maklumat para pelanggan mereka telah tertiris, pihak Cathay Pacific menyatakan mereka terus menutup semua kerentanan di dalam sistem IT mereka, dan telah menjalankan penyiasatan kedalam bagaimanakah maklumat tersebut dikompromi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yylKLr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.