Honor 8C Dilancarkan Di China Dengan Cip Snapdragon 632
Honor kini telah melancarkan satu lagi telefon pintar mampu-milik dengan spesifikasi pertengahan yang terbaru, iaitu Honor 8C. Ia baru sahaja diumumkan di China, dan mungkin diperluaskan ke pasaran global tidak lama lagi.
Honor 8C hadir dengan skrin 6.26-inci pada resolusi HD+, dijana cip pemprosesan Snapdragon 632 yang terbaru, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 32GB. Telefon pintar ini menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.
Secara kasar, ia dilihat peranti ini memfokuskan penawaran spesifikasi pertengahan dengan ketahanan bateri lama, selain mengekalkan ciri-ciri seperti bicu audio, dan pengimbas cap jari.
Di China, Honor 8C dijual pada harga bermula CNY 1099, iaitu sekitar RM659. Kita mungkin melihat peranti ini dipasarkan di pasaran tempatan dalam bulan-bulan akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2A7Dmz9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment