Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 30 Juta Akaun Facebook Digodam – Mari Semak Akaun Anda Terjejas Atau Tidak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 30 Juta Akaun Facebook Digodam – Mari Semak Akaun Anda Terjejas Atau Tidak

Beberapa minggu yang lepas, Facebook telah mengumumkan yang mana mereka mendapati terdapat kerentanan sekuriti pada sistem mereka, yang memberikan akses token kepada pihak ketiga untuk mengakses data pengguna. Ketika itu, Facebook mengatakan sekitar 90 juta akaun terkesan, dan mereka telah pun nyah-aktifkan token pengguna berkenaan – sekaligus memerlukan pengguna log masuk kembali ke akaun Facebook mereka.

Lanjutan daripada itu, hari ini Facebook mengatakan yang mana mereka mendapati pengodam berkenaan telah menggunakan token akses untuk mendapatkan akses kepada informasi sekitar 30 juta akaun. Facebook memohon maaf disebabkan hal ini.

Daripada 30 juta akaun berkenaan, sekitar 15 juta akaun telah diakses nama, emel dan nombor telefonnya. Sementara 14 juta akaun lagi telah diakses nama pengguna, jantina, alamat, tarikh lahir, peranti yang digunakan, latar pendidikan, latar kerja, Pages yang diikuti, dan 15 carian terakhir di Facebook. Sementara 1 juta lagi dikatakan hanya token untuk mengakses akaun dicuri, tetapi akaun mereka tidak diakses.

Bagi pengguna Facebook, anda boleh menyemak laman khusus yang disediakan oleh Facebook disebabkan hal ini, dan mengenal-pasti sama ada akaun anda terjejas ataupun sebaliknya.

Semak : Facebook Sekuriti



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yx0lRW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.