Hi! Welcome Back and Stay Tune! SKMM : TM dan Maxis Akan Menaik-Taraf Perkhidmatan ADSL Ke Gentian Optik Secara Berperingkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SKMM : TM dan Maxis Akan Menaik-Taraf Perkhidmatan ADSL Ke Gentian Optik Secara Berperingkat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka telah bertemu dengan syarikat telekomunikasi tempatan dalam menyelesaikan beberapa masalah berkaitan penawaran pakej jalur-lebar. Salah satu perkara yang turut disentuh oleh SKMM dalam perbincangan berkenaan adalah termasuk perkhidmatan Streamyx.

Bercakap mengenainya, SKMM mengatakan TM dan Maxis bercadang untuk menaik-taraf perkhidmatan ADSL ke gentian optik secara berperingkat. Hal ini dilihat selari dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini dalam beralih daripada rangkaian berasaskan kuprum kepada rangkaian berasaskan fiber sepenuhnya dalam tempoh sekitar lima tahun lagi.

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang mungkin sedikit mendukacitakan pengguna perkhidmatan ADSL ini adalah kerana harga yang perlu dibayar masih tinggi – dan dilihat tidak diberikan perhatian oleh syarikat telekomunikasi, dan turut tidak disentuh oleh pihak SKMM melalui pengumuman baru ini.

Mungkin kita perlu nantikan lebih lama lagi untuk mendengar pengumuman berkaitan hal penurunan harga ini daripada TM atau Maxis, mahupun daripada SKMM sendiri.

SKMM 13 Oktober



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yAkI0B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.