IDC – Pengeluaran Komputer Menurun Pada Suku Ketiga 2018 Dengan Mac Terjejas Paling Teruk
IDC telah mengeluarkan angka pengeluaran komputer peribadi untuk suka ketiga 2018. Ia mencatatkan penurunan pengeluaran -0.9% berbanding suku yang sama tahun lalu. Lenovo di tangga teratas dengan pegangan 24% pasaran dan peningkatan 5.8% berbanding tahun lalu. Ini diikuti oleh HP (22.8%), Dell (17%), Acer (7.2%) dan Apple (7.1%).
Di antara lima syarikat dengan pengeluaran tertinggi ini, Apple satu-satunya mencatatkan penurunan dengan -11.6% berbanding suku yang sama 2017. Acer pula mencatatkan peningkatan tertinggi dengan +8.5%. Angka yang dicatatkan Lenovo sebenarnya lebih tinggi (+11.5%) jika angka pengeluaran Fujitsu tidak diambil kira. Mereka mengambil alih pegangan majoriti di dalam Fujitsu pada November tahun lalu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NEhiQ6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment