Spesifikasi Huawei Mate 20 Pro Tertiris – Zoom Optikal Sehingga 5X
Tinggal kurang seminggu sahaja lagi sebelum Huawei Mate 20 Pro dilancarkan. Tetapi seperti biasa maklumat mengenai rekaan dan spesifikasi peranti mercu ini telah tertiris awal hari ini menerusi laman Winfuture. Huawei Mate 20 Pro dilengkapi skrin 6.39″ OLED QHD+ dwi lengkung, dijana pemproses Kirin 980, memori 6/8GB dan storan 128/256/512 GB. Skrin ini mempunyai pengimbas cap jari dalam skrin.
Kamera utama pada bahagian belakang adalah gabungan 40+20+ 8 Megapixel manakala kamera swafoto pula sebesar 25-Megapixel. Sensor 40-Megapixel f/1.8 adalah untuk rakaman gambar biasa, sensor 20-Megapixel f/2.4 untuk zoom optikal dan 8-Megapixel pula untuk rakaman sudut lebar.
Menurut Winfuture lagi, kamera Mate 20 Pro boleh melakukan zoom optikal sehingga 5X dengan penggunaan kecerdasan buatan. Bateri 42o0 mAh yang digunakan pula menyokong pengecasan pantas 40W. Ini membolehkan ia dicas sehingga 70% dalam masa hanya 30 minit.
Seperkara lagi storan peranti boleh ditambah menggunakan kad Nano Memory. Ia mempunyai saiz yang sama seperti sebuah SIM Nano. Akhir sekali Mate 20 Pro akan menggunakan Android Pie dan pelancar EMUI 9. Harga jualan dikatakan bermula dari GBP899 (~RM 4944) sebuah di UK.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RJIY9C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment