Samsung Galaxy S10 Mungkin Menggunakan Pemproses Dengan Cip Kecerdasan Buatan Terbina
Cip khusus untuk kawalan kecerdasan buatan dipopularkan oleh Huawei menerusi Kirin 970. Pemproses ini dilengkapi cip NPU yang mengawal kecerdasan buatan pada kamera, mengawal sistem operasi dan juga proses alih bahasa. Pada Kirin 980 kelak, dua NPU akan disertakan. Samsung Galaxy S10 kelak mungkin akan turut dilengkapi pemproses dengan cip kecerdasan buatan terbina.
Peranti ini dijangka menggunakan pemproses Exynos 9820 bagi mengawal kecerdasan buatan Visual Processsing Unit (VPU) pada kamera. Galaxy S10 yang menggunakan pemproses Snapdragon 8150 juga dipercayai akan dilengkapi NPU tersendiri. Dengan wujudnya cip khas untuk kecerdasan buatan ini, Samsung dapat bersaing dengan lebih kompetitif dengan Kirin 980 dan Apple A12 yang juga mempunyai cip kecerdasan buatan terbina.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CwMIH1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment