Hi! Welcome Back and Stay Tune! Village Studio Menawarkan Perkhidmatan Hanya Untuk Pemangkin Media Sosial - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Village Studio Menawarkan Perkhidmatan Hanya Untuk Pemangkin Media Sosial

Di media sosial, memaparkan kehidupan yang sempurna tanpa sebarang cela adalah sesuatu yang perlu. Ini menarik perhatian pengikut terutamanya di Instagram dimana pemangkin media sosial boleh menggunakan akaun mereka untuk menjana pendapatan. Sekiranya anda seorang pemangkin media sosial di New York, Village Studio menawarkan perkhidmatan studio yang menunjukkan betapa sempurnanya kehidupan anda.

Village Studio mula beroperasi sejak Ogos tahun ini. Mereka menyedari ramai pengguna Instagram yang berpengaruh menyewa hotel untuk sesi fotografi. Di Village Studio, setiap inci ruang lantai sebesar 2,400 kaki persegi dihias untuk kelihatan sempurna bagi perkongsian di media sosial. Pada masa yang sama mereka turut menjadi agensi yang memadankan produk yang ingin dipromosikan kepada 15,000 pemangkin media sosial yang sesuai di bawah rangkaian mereka.

Ini idea menarik yang kami yakin kelak turut akan ditawarkan di Malaysia. Ramai pemangkin media sosial sekarang mengiklankan produk dan memerlukan studio yang memenuhi kehendak mereka. Sebelum ini di Rusia terdapat perkhidmatan menyewa jet peribadi khas untuk pengguna Instagram untuk memberikan ilusi mereka lebih mewah dari kehidupan sebenar.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OfUR9e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.