Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Tanda Anda Sebenarnya Tengah Dating Dengan Lelaki Playboy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Tanda Anda Sebenarnya Tengah Dating Dengan Lelaki Playboy

Sayang kat boyfriend tu memangla sayang, tapi kalau dia dah ada tanda ni kena  hati-hati. Jangan sampai dah tergadai dara baru nak menyesal. Tak ada lelaki pun yang akan terima barang “terpakai”. Jangan kata Paklong tak pesan ! 🙁


Jatuh cinta dan menjadikan seorang lelaki playboy merupakan antara perkara paling teruk boleh dihadapi oleh seorang wanita. Lelaki miang yang tidak jujur dengan perasaan sendiri dan juga memperbodohkan orang lain ini kebiasaannya memang tak memasang niat untuk terus kekal dengan korang.

Tapi apa yang menggerunkan ialah mereka mempunyai pelbagai helah untuk mengelak daripada kelakuan jijik mereka itu ditangkap.

Jadi kali ini REMAJA ingin kongsi 5 petanda penting yang korang boleh perhatikan sama ada si dia merupakan seorang playboy atau tidak. Jika ada salah satu petanda ini maka berjaga-jagalah. Mungkin korang kini terlalu hampir berada di depan mulut buaya.

BERCERITA PERIHAL SEMUA EX-GF ADALAH PSIKO


Semasa mula-mula berkenalan dengan korang mungkin inilah yang mereka akan kongsikan. Di dalam ceritanya kesemua bekas teman wanitanya yang bersalah dan berperangai psiko. Walhal hakikatnya kesemua mereka meninggalkan dia disebabkan perangai playboy. Orang begini selalunya memang tak akan nampak salah sendiri dan suka menunding jari kepada orang lain.

JARANG BERHUBUNG BILA BERJAUHAN


Tak kiralah sama ada dua hari atau dua minggu, jika berada jauh dia tidak akan sesekali menghubungi korang. Namun bila dia balik segalanya seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku malah dia boleh berlagak normal. Dan jika dia perasanb korang marah pun dia akan minta maaf dan anggapnya sebagai perkara kecil. Atau paling melucukan beri alasan bateri telefon rosak.

 

TAK MEMBALAS MESEJ SELEPAS JAM 8 MALAM

Bila bangun tidur dan buka mata sahaja berderet mesej yang dihantar olehnya. Namun ia berbeza apabila malam menjelma. Dia seolah-olah berubah menjadi orang lain. Dan bila ditanya dia akan beri alasan penat dan tidur awal. Walhal di laman sosial media korang tahu dia asyik memberi komen dan likes foto gadis-gadis lain. Paling teruk dia juga ada kemungkinan sedang melayan orang lain menerusi penaggilan telefon.

RISAU DENGAN PANDANGAN ORANG LAIN


Okay, firstly korang jangan salah anggap. Ya, nasihat daripada kawan-kawan sendiri sememangnya sangat penting. Namun adakah perlu jika ingin membuat mereka berasa kagum semata-mata? Mengapa pandangan mereka sangat penting sehinggakan boleh menjejaskan hubungan korang berdua. Jelas di sini dia merupakan seorang yang sangat inscure dan mungkin juga seorang playboy nyata.

“AWAK BUKAN SEPERTI YANG LAIN”


Bagi seorang playboy apa yang korang fikirkan tentang dirinya sangat penting. Dia mahu korang melihatnya sebagai seorang jejaka yang baik dan jujur. Kadang-kadang mudah merajuk disebabkan korang berasa ragu-ragu akan kelakuannya. Untuk meyakinkan korang dia juga akan selalu berkata korang tak sama dengan bekas kekasihnya terdahulu. Walhal itulah mekanisme mempertahankan dirinya dari segala penipuan sendiri.

The post 5 Tanda Anda Sebenarnya Tengah Dating Dengan Lelaki Playboy appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zypsoN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.