Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkhidmatan Siaran TV Digital MYTV Kini Kembali Beroperasi Seperti Biasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkhidmatan Siaran TV Digital MYTV Kini Kembali Beroperasi Seperti Biasa

Perkhidmatan siaran TV digital yang telah mengalami gangguan sejak beberapa minggu lepas di Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Sabah dan Sarawak kini telah kembali beroperasi seperti biasa.

Sebelum ini, gangguan berlaku disebabkan masalah isu komersil antara Telekom Malaysia dan MYTV. Walaubagaimanapun, selepas sesi perbincangan diadakan diantara kedua-dua pihak dan juga SKMM, masalah berkenaan kini dilihat telah pun diatasi – dan perkhidmatan berkenaan telah pun beroperasi seperti biasa.

Kerajaan sedia menyasarkan untuk menamatkan siaran secara analog, dan beralih kepada siaran digital sepenuhnya – sekaligus membuka ruangan untuk gelombang berkaitan dibuka dan digunakan oleh syarikat telekomunikasi. Peralihan ini dijangka akan berlaku pada tahun hadapan.

Dengan penyelesaian masalah antara kedua-dua pihak ini, kita mungkin melihat perkhidmatan TV digital ini beroperasi tanpa masalah selepas ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2zwUhum

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.