Hi! Welcome Back and Stay Tune! AWS Toolkits Kini Tersedia Untuk IDE PyCharm – Developer Preview Untuk IntelliJ & Visual Studio Code - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AWS Toolkits Kini Tersedia Untuk IDE PyCharm – Developer Preview Untuk IntelliJ & Visual Studio Code

Menjadi kegemaran para pembangun untuk menggunakan perisian pilihan mereka bagi melakukan pengaturcaraan. Integrated Development Environments atau lebih dikenali sebagai IDE merupakan perisian yang memudahkan kerja pembangun dan kini AWS melancarkan AWS Toolkits untuk beberapa IDE yang popular.

Jika pada tahun lalu di acara AWS re:Invent 2017 telahpun memperkenalkan AWS Cloud 9, tahun ini IDE yang boleh menggunakan AWS Toolkit adalah PyCharm. Jika anda kerap mengaturcara sesuatu perkara dalam bahasa pengaturcaraan Python, IDE PyCharm anda boleh menghubungkan perkhidmatan AWS dengan mudah.

Ini termasuklah anda boleh mencuba kod anda pada Lambda, atau terus menerbitkan aplikasi anda kepada pelayan AWS yang mengikuti Availbility Zone yang anda mahu. Bagi mengaktifkannya, anda perlu menambah plugin pada IDE PyCharm anda, dan memulakan semula IDE tersebut.

Selain dari PyCharm, anda juga boleh mencuba AWS Toolkit untuk IntelliJ dan Visual Studio Code, dalam mod developer preview. Bagi memasangnya, anda perlu mendapatkannya dari Github.

Bacaan lanjut: AWS Toolkit Untuk PyCharm

Ambil dari Github: untuk IntelliJ & PyCharm Atau Visual Studio Code



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2SlmwCW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.