Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Memenangi Kontrak RM 2 Bilion Membekalkan HoloLens Untuk Kegunaan Tentera A.S - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Memenangi Kontrak RM 2 Bilion Membekalkan HoloLens Untuk Kegunaan Tentera A.S

Teknologi realiti terimbuh telah digunakan di dalam permua dan proses menjual kenderaan baharu. Banyak syarikat meramalkan dunia masa depan di mana realiti terimbuh akan digunakan dengan meluas bagi memudahkan kehidupan harian. Tetapi teknologi terkini kerap mempunyai penggunaan di dalam sektor pertahanan. Microsoft baru-baru ini telah dianugerahkan kontrak bagi membekalkan set realiti terimbuh HoloLens mereka kepada tentera Amerika Syarikat.

Micorosft akan membekalkan 100,000 set HoloLens menerusi kontrak bernilai $480 juta (~RM 2 bilion) ini. Ia kemudian digunakan untuk tujuan latihan serta di medan perang. Ini ialah sebahagian daripada projek HUD 3.0 tentera A.S bagi meningkatkan kadar membunuh dengan meningkatkan keupayaan untuk mengesan, membuat keputusan dan bertindak sebelum musuh.

Ini bukan kali pertama HoloLens digunakan untuk tujuan ketenteraan. Sebelum ini Limpid Armor dihasilkan oleh sebuah firma Ukraine menggunakannya sebagai komponen utama. Di Israel peranti realiti maya digunakan di dalam kereta kebal Merkava Mark 4 bagi tujuan menjejal musuh. DARPA pula melabur ke dalam teknologi Virtual Perspectives Augmenting Natural Experience (V-PANE) oleh Raytheon yang membolehkan krew memandu dengan pemandangan 360 darjah menembusi tubuh kereta perisai



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TZxdg5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.