Hi! Welcome Back and Stay Tune! Indie Games Accelerator – Platform Terbaik Google Kepada Pembangun Permainan Indie - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Indie Games Accelerator – Platform Terbaik Google Kepada Pembangun Permainan Indie

Pertama kalinya Google telah mengadakan Indie Games Accelarator Bootcamp (IGA) di Asia Tenggara yang bertempat di Google Asia Induk, Singapura. Antara pembangun permainan indie yang terlibat adalah daripada Malaysia, Gameka.

Platform ini adalah bertujuan memberi bimbingan, bengkel latihan, klinik serta sesi rangkaian bersama pembangun permainan indie. Peserta juga diberi peluang untuk bekerjasama dengan mentor daripada Google dan pakar yang berpengalaman dalam industri permainan ini.

Menerusi platform ini, ia adalah teras yang baik Google dalam memfokuskan perkembangan industri permainan indie di rantau Asia. Platform ini telah menghimpunkan 8 negara Asia seperti Singapura, Malaysia, Vietnam, Pakistan, India, Filipina, Thailand dan Indonesia. Kesemua pembangun ini telah menjalani sesi perkongsian selama 2 bulan, bermula September lalu. Melalui sesi tersebut, mereka mula melihat corak permainan semasa dan meneliti kelemahan yang dimiliki dalam setiap permainan indie bersama mentor permainan mudah alih program.

Bersama panel pakar permainan indie, Mark Skaggs – Bekas Pembangun Zynga dan EA, Kamina Vincent – Produser Mountains Games Studio dan Angelo Lobo – Veteran Pereka Permainan, Bekas Pereka Zynga, mereka menyifatkan platform IGA ini adalah peluang terbaik yang dimiliki oleh pembangun untuk merealisasikan impian mereka dalam industri permainan indie. Hal ini kerana, melalui telefon pintar, kini pengguna bijak untuk mengakses segala permainan yang dihasilkan oleh pembangun. Namun kualiti permainan yang dihasilkan membezakan kedudukan dalam kalangan pembangun.

Kualiti ini dibezakan dengan kemahiran yang dimiliki oleh setiap pembangun. Rata-rata pembangun yang mengikuti program IGA ini menunjukkan peningkatan kemahiran mereka sewaktu menjalani sesi perkongsian dalam memperbaiki kelemahan permainan. Menariknya salah satu usaha Google adalah dengan mengetengahkan permainan indie peserta di platform Google Play. Perihal ini menunjukkan kualiti permainan indie pembangun mempunyai potensi untuk dikembangkan, selain turut mempromosikan ia kepada para pengguna Android seluruh dunia.

IGA Google telah mengakhiri program mereka dengan pemberian pingat serta sijil penyertaan kepada 30 orang peserta pembangun permainan indie. Bagi pembangun permaianan indie yang berminat untuk mengikuti bootcamp IGA pada tahun 2019, anda boleh melakukan pendaftaran minat bermula hari ini.

Layari: Indie Games Accelerator 2019



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DT74df

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.