Ujian Penanda Aras Port Royal Diperkenalkan – Menguji Kebolehan Ray Tracing Kad Grafik Melalui Perisian 3DMark
Perisian penanda aras grafik 3DMark merupakan salah satu perisian yang paling popular digunakan untuk menguji kebolehan sesebuah kad grafik. Skor penanda aras 3DMark juga sering digunakan oleh penggemar lewah jam komputer untuk menguji kehebatan mereka untuk melewahjam kad grafik yang dimiliki mereka.
Terkini, UL Benchmark, pembangun perisian penanda aras 3DMark dan PCMark hadir dengan ujian penanda aras baru Port Royal yang digunakan untuk menguji kebolehan kad grafik untuk mengolah cahaya dan pantulan objek menggunakan Ray Tracing masa nyata, sebuah ciri yang diperkenalkan melalui siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX.
Ujian Port Royal ini menguji kebolehan Ray Tracing kad grafik melalui pantulan objek dan pencahayaan nyata dan kiraan objek poligon yang sangat tinggi.
Buat masa ini, hanya screenshot penanda aras Port Royal ini dapat dilihat. UL Benchmark mengatakan bahawa ia akan dilihat secara penuh di acara GALAX GOC Grand Final pada bulan Disember kelak, dan akan boleh dibeli pada 9 Januari kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KJNmSB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment