Akaun Microsoft Kini Boleh Dilog Masuk Tanpa Menggunakan Kata Laluan
Kerana sebab sekuriti, adalah normal bagi pengguna untuk mempunyai kata laluan berlainan untuk setiap akaun berbeza. Tetapi harus diakui ini boleh menimbulkan kekeliruan dan masalah apabila pengguna lupa kata laluan yang digunakan. Oleh sebab itu penyelesaian yang digunakan adalah sistem biometri yang lebih selamat.
Sejak semalam pemegang akaun Microsoft boleh melog masuk tanpa menaip kata laluan. Mereka boleh memilih untuk menggunakan alat FIDO2 dan Windows Hello di dalam pelayar Mircosoft Edge. Dengan ini proses melog masuk menjadi lebih pantas dan selamat. Pengguna perlu terlebih dahulu melakukan kemas kini Windows untuk bulan Oktober. Apa yang dilakukan oleh Microsoft ini adalah mengikut standard WebAuthn yang diperkenalkan April tahun ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Q7E1ta
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment