Perkhidmatan Storan Awan Chrome OS Kelak Tidak Lagi Terhad Dengan Google Drive
Google mula hadir dengan API ‘DocumentsProvider‘ untuk aplikasi pengurusan fail berasaskan storan peranti atau storan awan pada Android KitKat. Ini bermakna pembangun boleh mengintegrasi pelbagai jenis pengurusan fail atau perkhidmatan storan awan mereka secara terus kepada aplikasi fail dalam sistem operasi ini.
Kini, Google dilihat ingin mengintegrasi secara terus API ‘DocumentsProvider’ ini dalam Chrome OS. Dengan integrasi ini, aplikasi pengurusan fail Chrome OS tidak lagi terhad dengan Google Drive – tetapi terbuka dengan banyak perkhidmatan storan awan. Menarik dengan API ini adalah, ia akan menjadikan fail-fail pengguna yang disimpan di storan awan seolah berada dalam storan peranti.
Walau bagaimanapun, dalam commit Chrome OS terkini – status integrasi API ini masih lagi dalam proses. Jadi, tidak tahu lagi bila ia akan hadir secara terbuka atau bila ia boleh digunakan. Cuma, kini kita sudah tahu – Chrome OS semakin efisyen dan sedia digunakan sebagai sistem operasi kedua untuk tugasan harian seseorang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OVtigG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment