Sejumlah Pengguna Digi Menjadi Mangsa Pembelian Tanpa Kebenaran, Berlaku Pertukaran Pelan
Sejak sehari dua kebelakangan ini, sejumlah pengguna Digi berkongsi masalah yang dihadapi mereka, dimana pelan Digi mereka diubah, selain berlaku pembelian tanpa kebenaran menggunakan akaun Digi mereka.
Daripada laporan awal yang dikongsikan para pengguna, mereka mengatakan kad-SIM mereka dihalang akses secara tiba-tiba – dan ada yang melaporkan pelan mereka diubah kepada pelan yang lebih mahal.
Seterusnya, mereka juga mendapati yang mana pembelian berlaku menggunakan akaun mereka untuk kandungan berkaitan permainan. Pembelian dilihat dilakukan menggunakan kedai atas-talian seperti Steam Wallet dan juga Codashop.
Ramai pengguna telah melakukan laporan kepada pihak berkuasa, termasuk polis ke atas penipuan yang berlaku ini.
Ia agak mengejutkan kerana perubahan pelan atau pertukaran SIM berlaku tanpa kebenaran pengguna asal, dan hal ini dilakukan secara automatik. Beberapa pengguna turut melaporkan yang mana perubahan berlaku pada waktu malam – sekaligus menimbulkan lebih pertanyaan berkenaan dengannya. Apatah lagi untuk pertukaran pelan atau SIM akan memerlukan pelbagai info tambahan daripada seseorang pengguna.
Digi mengatakan mereka sedang melihat kepada masalah ini, selain turut telah menghubungi beberapa pelanggan terlibat untuk membantu dalam siatan lanjut berkaitan dengan hal ini. Digi akan memberikan kemaskini lanjut apabila mereka mempunyai info lanjut untuk dikongsikan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FB7iIB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment