Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy A9 2019 Dengan Empat Kamera Utama Akan Dijual Di Malaysia Minggu Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy A9 2019 Dengan Empat Kamera Utama Akan Dijual Di Malaysia Minggu Ini

Samsung Galaxy A9 2019 ialah peranti pertama dengan sistem catur-kamera pada bahagian belakang. Ia dilancarkan di Kuala Lumpur pada 11 Oktober yang lalu dan ia akhirnya akan dijual di Malaysia pada 23 November ini. Ini disahkan menerusi pengumuman jelajah peranti yang berlangsung dari 23 hingga 25 November hadapan.

Harga jualan masih belum diumumkan tetapi pelanggan awal akan menerima hadiah bernilai RM783 dalam bentuk suara JBL GO2, kad mikroSD 128GB, powerbank 10000 mAh, langganan Spotify selama tiga bulan, tiket wayang dari TGV dan pelan perlindungan skrin Samsung.

Dari segi spesifikasi Samsung Galaxy A9 2019 dilengkapi skrin 6.3-inci SAMOLED QHD+, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6/8 GB dan storan 128GB. Pengguna juga turut boleh menambah storan tambahan menggunakan kad mikro-SD sehingga 512GB.

 

Samsung Galaxy A9Kamera utama pada bahagian belakang adalah gabungan 24+10+8+5 Megapixel. Kamera utama 24-Megapixel adalah untuk mod tangkapan biasa dengan lensa f/1,7, Kamera 10-Megapixel untuk zoom optikal 2X dengan lensa f/2.4. Satu kamera 8-Megapixel lensa sudut lebar 120 darjah f/2.4 dan akhir sekali sensor kedalaman 5-Megapixel f/2.2. Pada bahagian hadapan pula sensor 24-Megapixel digunakan untuk rakaman swafoto.

 

 

Peranti ini dilengkapi bateri sebesar 3800 mAh dengan pengecasan pantas. Turut disertakan ialah sistem Scene Optimiser pada aplikasi kamera dan juga Always On Display. Terdapat juga sistem nyahkunci menggunakan wajah serta pengimbas cap jari pada panel belakang. Ia masih lagi menggunakan Android 8.0. Tiga warna cerun ditawarkan iaitu Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OVS6VZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.