Hi! Welcome Back and Stay Tune! Carnelian Tower 1 – Kondominium mewah berstatus freehold di Forest City - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Carnelian Tower 1 – Kondominium mewah berstatus freehold di Forest City

Isnin lepas, Tok ada kongsikan dekat korang analisa kawasan tentang Iskandar Johor.

Kalau korang terlepas atau belum baca, jemput klik sini laju-laju.

Hari ini, izinkan Tok kongsikan sebuah projek kediaman bertingkat (high-rise) yang bakal menjadi penanda aras (benchmark) pembangunan di kawasan ini.

Dan projek yang bakal Tok nyatakan sebentar lagi, adalah sebuah kediaman ikonik yang bukan saja terkenal dalam negara kita, malah dikenali di seluruh dunia.

Tak sabar nak tahu? Jemput hadamkan perkongsian Tok hari ini.

Siapa pemaju yang bina projek berstatus mega ini?

Sebelum masuk ke bab kediaman yang Tok maksudkan, Tok nak kongsikan serba sedikit tentang pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek berstatus mega ini.

Korang mesti pernah dengar Country Garden Group, kan? Mereka adalah nama yang tidak asing dalam membangunkan Teluk Danga (Danga Bay), dan juga Forest City di Iskandar Malaysia.

Country Garden Group diasaskan pada tahun 1992 di negara China, dan mereka adalah antara nama pemaju yang terbesar dalam dunia.

Syarikat ini tersenarai dalam Hong Kong Stock Exchange pada 20 April 2007, dan mereka adalah pemaju ke-6 terbesar dalam negara itu berdasarkan pendapatan dari segi jualan (sales revenue).

Country Garden juga diiktiraf sebagai pemaju yang telah membangunkan lebih daripada 300 projek hartanah berkualiti tinggi di seluruh dunia.

Forest City, Iskandar Malaysia – Bandaraya yang direka untuk masa depan

Forest City, sebuah perbandaran berkonsep pengunaan bercampur (mixed use) terletak di antara Malaysia dan Singapura, adalah sebuah bandar pintar ekologi meliputi kawasan seluas 30 KM persegi di Iskandar Malaysia.

Bandar ini di bina atas 4 pulau yang ditebus (reclaimed island) di Iskandar Malaysia, dan diiktiraf sebagai zon ekonomi khas di bawah Rancangan Malaysia ke-9.

Bandar ini juga akan menghubungkan Singapura dan Malaysia, yang boleh diakses melalui tanah dan air.

Projek ini diasaskan oleh Country Garden Pacificview Sdn Bhd (sebuah syarikat subsidiari Country Garden Group) dengan kerjasama Esplanade Danga 88 (EDSB), sebuah syarikat bersekutu Kumpulan Prasana Rakyat Johor (KPRJ).

Forest City adalah di bawah pengurusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, dan terletak dalam mukim Gelang Patah di Kampung Tanjung Kupang, bersebelahan Perlabuhan Tanjung Pelepas.

Bandaraya ini juga dijangka akan menjadi hub ekonomi, perkilangan, teknologi, perkhidmatan dan sektor kewangan pada masa akan datang.

Nak tahu apa yang ada dalam kawasan Iskandar Johor? Klik sini untuk baca >> Iskandar Malaysia, Johor

Projek ini, ada 4 fungsi dalam satu masa? 

Banyak dah Tok berceloteh dekat atas tadi. Sekarang, tiba masa yang korang nantikan.

Projek kediaman high-rise yang Tok nak kongsikan dekat korang adalah Carnelian Tower 1, sebuah pembangunan bercampur (mixed development) setinggi 45 tingkat untuk 4 fungsi utama:

  • Kegunaan sebagai pejabat,
  • Kediaman,
  • Hotel bertaraf 5 bintang, dan
  • Pusat Komersial.

Projek ini dirancang untuk disiapkan dalam 3 fasa, dan terdiri daripada 3 menara. Jumlah kawasan bangunan ini adalah kira-kira 500,000 meter persegi, termasuk sekitar 110,000 meter persegi untuk tujuan perniagaan (aktiviti komersil).

Pada masa ini, fasa pertama sedang berjalan di mana mereka sedang membina menara setinggi 180 meter. 68,000 meter persegi akan di bina untuk kegunaan pejabat dan sekitar 23,000 meter persegi untuk kegunaan kediaman.

Fasa pertama ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 1 Julai 2020 (setelah mendapat CCC). Oh ya, sebelum Tok terlupa. Carnelian Tower 1 ini adalah berstatus freehold (pegangan bebas).

6 jenis unit yang power untuk anda pilih

Korang boleh pilih daripada 6 susun atur (layout) yang menepati citarasa korang:

Series A:

Series B:

Series C:

Series D:

Series E:

Series F:

“Apa kemudahan yang ada dekat dengan Carnelian Tower ni, Tok?”

Korang serius nak tahu? Nak, Tok belanja serba sedikit kemudahan yang cun-melecun yang tersedia dan bakal tersedia dekat sini:

#1: Kemudahan dari segi pendidikan dan perubatan

Country Garden telah pun tandatangan memorandum persefahaman (Memorandum of Understanding, atau MoU) dengan beberapa penyedia pendidikan global, termasuk sekolah Shattuck-St.Mary untuk menyediakan institusi pendidikan di sini.

Tak cukup dengan itu, mereka juga telah dapatkan University of The Incarnate Word (UIW), yang akan menawarkan rawatan kesihatan (healthcare) bertaraf dunia.

Kelebihan dari sudut ini, sudah pasti akan menarik minat golongan keluarga dan ekspatriat untuk menetap di sini.

#2: Bakal menjadi lokasi pelancongan perubatan (medical tourism)

Country Garden juga telah tandatangan MoU bersama MJ Group, salah satu antara institut perubatan terkemuka di rantau Asia.

Ini adalah salah satu langkah dalam memperkasakan Forest City sebagai lokasi tumpuan bagi pelancongan perubatan di dunia.

Lagipun, majalah International Living telah menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu negara yang top sebagai pusat pelancongan perubatan, disamping menawarkan rawatan kesihatan (healthcare) yang terbaik di dunia dalam Annual Global Retirement Index 2017.

Tok ulang sekali lagi, ‘di dunia’ tau! Bukan calang-calang negara kita ni.

Statistik juga membuktikan yang negara kita menerima lebih 1 juta pelancong perubatan (medical tourist) pada tahun 2016.

#3: Infrastruktur pengangkutan yang mantap

Forest City juga mempunyai pelan dalam bab pengangkutan dalam pembangunan, dengan meletakkan objektif untuk menjadi bandar bebas kereta (car-free city).

Ini dapat dibuktikan, di mana 80% pembangunan yang ada di sini, berada dalam jarak 10 minit berjalan kaki ke pengangkutan awam.

Antara bentuk pengangkutan ini merangkumi kereta api ringan (light-rail) dan servis bas. Korang hanya perlukan kereta untuk keluar daripada bandar ini sahaja. Pada kebanyakan masa, korang boleh gunakan kemudahan pengangkutan awam yang ada.

Oh kejap, ada satu lagi yang Tok nak selitkan.

Forest City juga adalah bandar dengan status bebas cukai (duty-free). Sama macam Langkawi, Labuan dan Tioman. Bermakna, tempat ini juga bakal jadi tumpuan untuk aktiviti pelancongan. Korang boleh nampak peluang yang ada?

Berita ‘baik punya’ buat anda yang bekerja di Singapura

Tok ada satu berita baik buat korang yang bekerja di Singapura, tapi nak tinggal di Forest City, Iskandar Malaysia.

Forest City terletak hanya 16.9KM daripada Laluan Kedua Malaysia-Singapura (atau Second Link Bridge, atau juga dikenali sebagai Tuas Second Link). Panjang jambatan ini adalah 1,920 meter (6,300 kaki) merentasi perairan Malaysia-Singapura.

Jambatan ini dibina dengan tujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor Singapura (Johor-Singapore Causeway), dan mula beroperasi pada 2 Januari 1998.

Bermakna, korang ada akses yang dekat untuk ke negara jiran itu. Masa perjalanan pula, bergantung kepada kesesakan lalu lintas semasa.

Ini bergantung kepada masa korang mulakan perjalanan. Kalau tak nak berdepan dengan masalah ini, seeloknya korang keluar pada awal pagi.

Relax dulu. Tok tak habis lagi belanja berita baik ni. Buat korang yang menunggang motosikal, korang pasti akan gembira dengan berita yang Tok bakal sampaikan ini.

Bermula Januari 1, Malaysia akan mansuhkan tol bagi penunggang motosikal di Linkedua bermula 1 Januari 2019. Kalau korang ingat, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ada nyatakan perkara ini dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu.

Berminat nak dapatkan unit kondominium di Carnelian Tower 1?

Pada pendapat Tok, projek kondominium ini adalah sebuah projek kediaman yang menepati citarasa mereka yang suka kehidupan di bandar dan perkara baru dalam hidup mereka.

Lengkap dengan pelbagai kemudahan, Carnelian Tower 1 wajib disenaraikan dalam hartanah pilihan korang. Tak kira sama ada untuk tujuan pelaburan, atau kegunaan sendiri.

Alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok juga nak jemput korang hadir ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan pada Sabtu ini.

Ini peluang korang belajar ilmu hartanah power secara PERCUMA. 100% tak perlu bayar apa-apa. Hanya perlu mendaftar untuk tempah tempat duduk saja.

Cuma, tempat duduk adalah terhad (kurang daripada 9 tempat duduk). Jadi siapa cepat daftar, dia dapat belajar.

Jemput klik gambar bawah ini untuk mendaftar sekarang:

The post Carnelian Tower 1 – Kondominium mewah berstatus freehold di Forest City appeared first on Gila Hartanah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qZKY1f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.