Hi! Welcome Back and Stay Tune! POLIS TAHAN 4 WARGA FINLAND EDAR PEN, RISALAH BIBLE DI LANGKAWI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

POLIS TAHAN 4 WARGA FINLAND EDAR PEN, RISALAH BIBLE DI LANGKAWI

LANGKAWI: Polis menahan 4 warga Finland di sebuah hotel semalam untuk siasatan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Kanun Keseksaan selepas disyaki mengedar pen dan buku tertera pernyataan dari Bible di kawasan awam di sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan tangkapan itu hari ini berkata semua suspek, berumur antara 27 dan 60 tahun itu ditahan sepasukan polis diketuai Insp Alex Pang Tak Fatt di sebuah bilik hotel itu pukul 5.00 petang semalam.
Semasa ditangkap, polis menemui 47 batang pen dan 336 naskah buku kecil yang mengandungi kenyataan yang dipetik dari Bible yang dipercayai cuba diedarkan kepada orang ramai.
“Tangkapan ini dibuat susulan 3 laporan polis yang kami terima daripada orang ramai berhubung kegiatan suspek berkenaan yang berada di sini sejak 18 Nov lepas,” katanya kepada media.
Menurutnya, polis memohon perintah reman ke atas semua suspek bagi meneruskan siasatan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, kerana melanggar syarat imigresen yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Siasatan ke atas mereka turut melibatkan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau memudaratkan, dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara antara 2 dan 5 tahun.
free malaysia today


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QZtOvX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.