Google Pixel Stand Hanya Berfungsi Dengan Pengecas USB-PD
Google Pixel Stand adalah pengecas pantas nirwayar untuk Google Pixel 3 dan Google Pixel 3 XL. Ia mempunyai kuasa sehingga 10W dan menggunakan kemasan bergetah yang kesat bagi memudahkan peranti Pixel 3 diletakkan. Menarik dengan Pixel Stand ini ia turut boleh mengubah Pixel 3/Pixel 3 XL kepada mod seakan Google Home Hub.
Pixel Stand memerlukan kabel USB-C untuk digunakan. Tetapi, hanya pengecas dan kabel USB-C dengan sokongan Power Dleivery (USB-PD) sahaja yang boleh digunakan. Jika tidak, pengecas ini tidak akan berfungsi. Peranti dengan sokongan pengecasan nirwayar lain turut boleh menggunakan Pixel Stand ini, tetapi mod Google Home Hub itu adalah eksklusif buat Pixel 3 dan Pixel 3 XL sahaja.
Agak kecewa kerana saya tidak boleh menggunakan kabel USB-C lain yang saya miliki. Ini mungkin adalah langkah keselamatan dan juga untuk memastikan Pixel 3/Pixel 3 XL boleh dicas dengan pantas secara nirwayar.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FfCP2B
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment