Sejumlah Pengguna Windows 10 Menghadapi Masalah Sistem Operasi Dinyah-Aktifkan
Terkini, ia dilaporkan yang mana sejumlah pengguna sistem operasi Windows 10 Pro menghadapi masalah pengaktifan lesen, dimana ia secara tidak langsung menurun-taraf lesen mereka, dan menjadikan lesen komputer mereka daripada Windows 10 Pro kepada Windows 10 Home.
Masalah ini dikatakan dihadapi oleh pengguna yang membuat naik-taraf kepada Windows 10 secara percuma ketika ia ditawarkan pada permulaan tahun 2015 lepas.
Microsoft sendiri melalui halaman sokongan mereka mengesahkan masalah ini, dan mengatakan ia melibatkan pengguna di beberapa buah negara, termasuk di Jepun, Korea dan Amerika, selain beberapa negara lain. Microsoft mengatakan ini adalah masalah sementara disebabkan oleh pelayan pengaktifan mereka – dan dijangka akan diselesaikan oleh Microsoft dalam masa sehari dua lagi.
Bagi pengguna yang menhadapi masalah ini, mungkin tidak perlu risau, dan menyemak kembali dalam masa sehari dua ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RMaWAN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment