Bantal Sound Sitter Mengeluarkan Bunyi Deruman Enjin Honda NSX Bagi Menidurkan Bayi
Antara cara menarik untuk menidurkan seorang bayi ialah membawa mereka berjalan di dalam kereta. Semasa anak saya masih kecil dahulu, saya kerap juga memainkan audio enjin kereta di dalam bilik bagi memudahkan dia tertidur. Honda menyedari perkara yang sama dan menghasilkan bantal Sound Sitter yang direka untuk menidurkan bayi,
Sound Sitter akan mengeluarkan bunyi deruman enjin berterusan apabila diaktifkan menerusi aplikasi telefon pintar. Dalam kajian mereka, 11 dari 12 bayi akan menjadi lebih tenang apabila menggunakan Sound Sitter. Mengapa bayi tidur apabila mendengar deruman enjin? Ini adalah kerana getaran bunyi frekuensi rendah enjin adalah hampir sama dengan bunyi frekuensi rendah yang didengari bayi ketika di dalam rahim ibu.
Bagi golongan ibu bapa yang tergolong sebagai peminat kereta, bunyi deruman enjin sebuah Honda NSX digunakan oleh bantal ini. Berita buruk di sini ialah Sound Sitter tidak dijual kepada umum.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2LxUlyv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment