Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Play Kini Rasmi – Hadir Dengan Skrin Bertakuk Kecil, Cip MediaTek Helio P35 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Play Kini Rasmi – Hadir Dengan Skrin Bertakuk Kecil, Cip MediaTek Helio P35

Xiaomi hari ini telah pun memperkenalkan satu lagi telefon pintar terbaru dibawah mereka, iaitu Xiaomi Play. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin bertakuk kecil, selain turut menyertakan cip MediaTek Helio P35 bersama-sama dengannya.

Xiaomi Mi Play

Dari segi spesifikasi, Xiaomi Play hadir dengan skrin 5.84-inci pada resolusi HD+ penuh, dijana cip Helio P35, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 2MP, sementara kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Xiaomi Play

Xiaomi Play

Xiaomi menyertakan rekaan kerangka belakang yang agak cantik bersama-sama dengannya, selain pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Di China, Xiaomi turut menyertakan data internet percuma untuk para pembeli menggunakan telefon pintar berkenaan.

Di China, ia dijual pada harga bermula RMB1099, iaitu sekitar RM666.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2V3dNI1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.