Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak elak ‘penyewa dari neraka’? Guna 7 tip ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak elak ‘penyewa dari neraka’? Guna 7 tip ini

“Pening Tok. Penyewa saya selalu mengelak bayar sewa. Dah 3 bulan tertunggak ni!”

Ini adalah masalah yang tuan rumah terpaksa hadap, tak kira sama ada korang suka atau tak.

Kemungkinan ini, tetap ada dan korang tak boleh nak elak.

Dan bagi yang serius nak elak masalah ni berlaku, dah pasti ada caranya. Tugas korang, hadamkan betul-betul ilmu ini dan ambil tindakan segera sebelum buat iklan.

Nak tahu? Jemput baca perkongsian ini laju-laju.

Apa sebab anda tak dapat penyewa yang tak buat perangai?

Ikuti perkongsian Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi ni.

Nak cari penyewa memang mudah. Tapi nak dapatkan penyewa dari syurga memang sangat susah.

Ikut nasib la kalau nak dapat yang bagus. Tapi kalau tak bagus, itu mungkin sebab tak berusaha mencari dengan betul.

Ini tip cari penyewa, tapi tak semestinya kena follow semua. Ikut la mana yang sesuai dengan diri sendiri.

#1: Cara iklankan rumah yang prospek berminat nak baca

Ikut teknik pemasaran masing-masing. Selagi ia efektif, itu yang patut kita gunakan.

Kalau saya, saya lebih suka letak gambar sebenar dan deksripsi sebenar unit saya untuk elak terlalu banyak soalan daripada orang yang berminat.

Lagipun jujur itu tuntutan agama, kan.

#2: Bagitahu penyewa pasal syarat advance payment dengan jelas dan terperinci

Letak cagaran 1 hingga 3 bulan, ikut keyakinan dan ekonomi diri sendiri.

Satu lagi. Cagaran bukan advance payment untuk sewa ya.

Yang ni, bagitau siap-siap dekat mereka bahawa cagaran tak boleh dijadikan sebagai bayaran sewa bulan-bulan terakhir.

Cagaran hanya akan dipulangkan dalam tempoh 2 atau 4 minggu selepas mereka keluar untuk tunggu bil api, bil air dan menilai kondisi rumah.

Bagitau apa sebab-sebab untuk burn deposit, contohnya melanggar perjanjian, keluar tanpa notis 1-2 bulan, atau lain-lain.

#3: Teknik tapis penyewa yang berpotensi buat hal

Ini semua perkara asas yang patut korang buat:

    • Minta salinan kad pengenalan mereka dan pasangan,
    • Tempat kerja,
    • Sebab kenapa pindah dari rumah lama,
    • Nombor telefon tuan rumah lama (konon-konon nak call pengesahan dari tuan rumah lama),
    • Nak duduk berapa lama,
    • Bila nak mula duduk dan sebagainya.

Kalau dia ragu-ragu nak bagitau, korang patut mula suspek sesuatu.

#4: Berserah pada yang Esa

Dah habis tapis? Istikharah. Hehe.

Ok, sekarang katakan korang dah pilih. Simpan salinan IC, sign dan stamp agreement mereka.

Explain satu persatu supaya tak timbul pertikaian di kemudian hari. Saya sediakan contoh agreement sewa yang korang boleh download kat bawah sekali.

#5: Apa nak buat kalau rumah ada sebarang kerosakan?

Masa serah kunci, tuan rumah patut inspect rumah bersama dengan penyewa.

Kalau ada kerosakan masa tu, take note. Supaya takde pertikaian dengan tuan rumah claim deposit kemudian hari kalau ada sebarang kerosakan yang penyewa buat.

Boleh je ambil gambar sebelum serah kunci sebagai bukti kemudian.

#6: Cara uruskan bil yang mudahkan kerja anda

Letak kat dalam agreement siap-siap setiap bil yang tuan rumah cover dan apa bil yang penyewa cover.

Yang termasuk seperti bil api, bil air, maintenance fee, Indah Water dan lain-lain. So explain betul-betul. Tiap-tiap bulan suruh penyewa snap bil terbaru untuk check sebarang tunggakan.

#7: Lain-Lain perkara yang anda patut buat

Baca dalam agreement. Lihat link di ruangan komen untuk download draf agreement sewa rumah.

Sebelum download, sila share artikel ini ya. Hehe.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN DRAF PERJANJIAN RUMAH SEWA

Dah habis baca? Lepas baca, buat tau. Baru ilmu ni melekat dalam minda tu sentiasa.

Lepas tu (kalau nak lagi mantap), ajar pulak dekat orang lain. Panjangkan ilmu-ilmu yang baik macam ni kat lebih ramai orang.

Untung dekat korang jugak nanti. Boleh boleh?

The post Nak elak ‘penyewa dari neraka’? Guna 7 tip ini appeared first on Gila Hartanah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Gila Hartanah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SgSaSD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.