Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chrome Bakal Memerangi Laman Yang Menghalang Pengguna Menekan Butang Back - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chrome Bakal Memerangi Laman Yang Menghalang Pengguna Menekan Butang Back

Terdapat pelbagai teknik pengiklanan yang digunakan untuk memintas sistem penghalang iklan yang semakin popular di kalangan pengguna. Antara teknik keji yang digunakan ialah membuka iklan penuh yang kemudiannya menghalang pengguna dari berpatah balik dengan menyahaktifkan butang back. Bagi pengguna Chrome, masalah ini mungkin akan diselesaikan dalam versi terkini pelayar web ini kelak.

Menerusi dokumen terkini Chromium Gerrit, kod terbaru akan mengesan laman-laman yang melakukan teknik pengiklanan ini. Ia kemudian akan dihantar ke pangkalan data Google untuk dianalisa. Selepas ini Chrome boleh mengesan manipulasi sejarah pelayar web yang telah dilakukan laman dan membolehkan pengguna menekan butang back tanpa halangan seperti sebelumnya.

Masih belum diketahui pada versi Chrome manakah ia akan akhirnya diaktifkan tetapi mengetahui Google mempunyai perancangan memeranginya adalah berita yang baik. Ini antara fungsi yang telah lama kami mahukan kerana ia benar-benar menjengkelkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Clu6sn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.