Hi! Welcome Back and Stay Tune! KAMI DILAYAN MACAM ‘NAJIS’, KATA ZAHID - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KAMI DILAYAN MACAM ‘NAJIS’, KATA ZAHID

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menggambarkan bagaimana beliau dan pemimpin tertinggi lain dilayan seperti najis oleh individu tertentu yang tidak dinamakan yang dipercayai dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, beliau dan beberapa pemimpin Umno mengadakan perjumpaan dengan beberapa individu tertentu tidak lama selepas parti itu buat pertama kalinya hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Zahid enggan mendedahkan individu berkenaan, tetapi menurut laporan, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin kanan PH.
Perjumpaan itu kata Zahid, untuk memastikan supaya kerajaan mengangkat agenda serta kedaulatan Melayu dan Islam.
“Kita seperti najis yang paling berat dalam islam. Kita seperti najis yang dikeluarkan oleh haiwan yang diharamkan di dalam Islam.
“Kita diberitahu Umno mesti dibubarkan dan kita lompat masuk parti baru. Sejarah Umno akan dipadam,” kata Zahid dalam satu majlis wacana anjuran Penerangan Umno di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, malam ini.
Baru-baru ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Mohamed Nazri Aziz mendedahkan beliau dan pemimpin-pemimpin kanan Umno mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi PH.
Perjumpaan itu diadakan dengan harapan kemungkinan Umno dapat menyertai PH. Tetapi Dr Mahathir mahu Umno dibubarkan dan semua ahlinya mesti masuk Bersatu.
Nazri berkata pemimpin Umno tidak dapat menerima syarat yang ditetapkan oleh perdana menteri.
Pada majlis wacana malam ini, Zahid seperti mengesahkan apa yang dikatakan Nazri mengenai perjumpaan itu.
“Harganya terlalu mahal untuk kita. Kita tak boleh bayar. Saya berterima kasih timbalan dan pemimpin-pemimpin lain bersetuju dengan saya yang kita tak boleh terima tuntutan-tuntutan ini. Biar kita dihina tapi kita takkan biar Umno dibubarkan,” kata Zahid.


– https://ift.tt/2pAR1dR


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rLcn7j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.