Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Merupakan Kelebihan Menggunakan Network Attached Storage - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Merupakan Kelebihan Menggunakan Network Attached Storage

Network Attached Storage, ataupun NAS ialah sebuah peranti storan padat yang hadir dengan pilihan storan sebesar beberapa Terabyte yang boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis data, tidak kira untuk kegunaan di rumah ataupun pejabat kecil.

Di rumah, ia boleh digunakan untuk menyimpan gambar, video, lagu dan sebagainya, dan ini membolehkan semua penghuni rumah untuk mengakses fail-fail tersebut dengan mudah. Di pejabat pula para pekerja bukan sahaja boleh menyimpan fail-fail kerja besar dengan cepat dan mudah, mereka juga boleh berkolaborasi melalui NAS tersebut, dan ini akan mempercepatkan penyiapan tugas mereka tanpa perlu berulang-alik ke tempat kerja masing-masing.

Synology ialah sebuah jenama pembuat NAS yang terkemuka, dan mereka hadir dengan ekosistem storan rangkaian (networked storage) yang lengkap, tidak kira anda hanya ingin membina storan pusat untuk kegunaan rumah ataupun pejabat. Mereka bukan sahaja hadir dengan rangka peranti NAS ini, malah mempunyai solusi perisian yang boleh digunakan untuk memaksimakan penggunaan storan dengan mudah.

Perisian ini dinamakan DiskStation Manager 6.2 dan ia hadir dengan beberapa ciri yang bukan sahaja menjadikan peranti NAS anda sebuah mesin pelayan penyimpan data yang berkuasa, tetapi juga sebuah mesin pusat untuk kolaborasi pejabat dan sebuah mesin penyimpanan video pengawasan beresolusi tinggi.  Berikut merupakan lain lain untuk Synology:

Storan Peribadi Dan Pejabat Dengan Pelbagai Ciri Menarik

Ciri Synology Drive bukan sahaja membolehkan pengguna untuk menyimpan fail-fail penting melalui LAN, sambungan Internet, komputer ataupun peranti mudah-alih, tetapi ia turut membolehkan pengguna untuk menyelarikan dan berkongsi fail-fail bersama pengguna-pengguna lain, disamping memudahkan kolaborasi diantara rakan sekerja melalui ciri Synology Office.

Bercakap mengenai kerjasama, perisian Synology Collaboration Suite membolehkan anda memaksimakan penggunaan NAS Synology melalui beberapa ciri yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak syarikat anda.

Chat ialah sebuah aplikasi kerjasama yang membolehkan semua pekerja di pejabat untuk berbincang beramai-ramai. Jika terdapat sebuah projek dimana sekumpulan kecil pekerja perlu bekerjasama bersama-sama, pentadbir IT juga boleh mencipta kumpulan untuk pekerja-pekerja ini supaya mereka boleh berbincang diantara mereka.

Jika keselamatan suatu isu, anda juga boleh memasang sistem penyulitan yang akan menyulitkan semua mesej yang dihantar dan diterima. Aplikasi ini juga membolehkan para pengguna untuk bekerjasama mengolah sesuatu dokumen, disamping berbincang mengenainya melalui penghantaran mesej.

MailPlus pula ialah perisian yang membolehkan anda memasang pelayan emel kepada peranti NAS Synology anda, dan memudahkan anda untuk mencipta akaun emel baru untuk pekerja-pekerja anda.

Dalam pada itu, anda boleh mengakses kalendar anda terus daripada MailPlus, dan boleh mencipta acara ataupun peringatan baru tanpa perlu membuka aplikasi calendar lain. Semua butiran calendar anda juga akan disimpan di dalam emel anda supaya ia lebih selamat.

Jika pengkalan data anda mempunyai jumlah fail yang banyak, anda juga boleh menggunakan ciri Universal Search yang akan membantu anda mencari fail yang anda perlukan dengan pantas. Setiap kali anda melakukan pengubahsuaian kepada fail anda, Synology turut akan mencipta satu fail sandaran, sekiranya anda memerlukan fail versi lama.

Jika anda seorang pentadbir IT untuk syarikat anda, dan anda menggunakan NAS Synology untuk storan pusat, Synology turut hadir dengan ciri Drive Admin Console yang membolehkan anda mencipta dan menyelia akaun pengguna dengan mudah, disamping mengawal jumlah storan yang akan didapati oleh setiap pengguna.

Simpan Memori-Memori Anda Dan Lihatnya Di Mana-Mana Sahaja

Jika anda seorang yang gemar mengambil gambar dan video dengan banyak, dan tidak mahu menggunakan perkhidmatan storan awanan, anda boleh menggunakan NAS Synology bersama-sama dengan ciri Photo Station untuk memuat-naik semua gambar-gambar anda, tidak kira dari computer Windows ataupun Mac dan peranti Android mahupun iOS.

Dengan Photo Station, anda bukan sahaja boleh kongsi gambar-gambar anda melalui media sosial, tetapi juga mencipta album pintar yang akan mengumpul gambar-gambar dan video berdasarkan kriteria yang boleh ditetapkan dengan mudah.

Photo Station juga hadir dengan integrasi untuk platform CMS (Content Management System) seperti WordPress, Joomla, Drupal dan sebagainya, dan jika anda membenarkan tetapan tersebut, NAS Synology anda boleh memuat-naik gambar dan video ke CMS tersebut dengan cepat dan mudah.

Dalam pada itu, Photo Station turut hadir dengan ciri tera air dimana Photo Station akan membubuh tera air secara automatic kepada gambar-gambar yang dimasukkan ke folder yang ditetapkan untuk mengelak daripada gambar anda dicuri-guna oleh orang lain.

Dengan Synology Moments pula, Synology menggunakan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan untuk membuatkan pengalaman menyimpan dan perkongsian gambar anda lebih mudah dan menyeronokkan. Moments akan mengumpulkan gambar-gambar anda berdasarkan rupa, subjek dan juga lokasi untuk memudahkan anda mencari gambar-gambar anda kemudian.

Ini bermakna jika anda ingin mencari gambar seseorang ataupun suatu gambar dari mana-mana lokasi, anda hanya perlu menaip nama seseorang atau tempat tersebut, dan Synology akan menunjukkan anda beberapa gambar cadangan untuk anda melalui ciri Moments.

Shared Photo Library pula membolehkan para pengguna untuk menyunting gambar bersama-sama, dan para pengguna boleh melakukan suntingan ini melalui pelbagai jenis peranti, tidak kira melalui komputer ataupun peranti pintar dimana-mana sahaja mereka berada.

Jika anda berada di kawasan yang tidak mempunyai sambungan internet yang begitu elok, Synology turut mempunyai satu ciri yang dinamakan Super Resolution, dimana Synology akan membina semula gambar ikon yang hadir pada peranti mudah alih kepada gambar yang kelihatan seperti ia mempunyai resolusi yang lebih tinggi.

Kawal Keselamatan Rumah Dan Pejabat Dengan Synology Surveillance Station

Peranti NAS juga boleh digunakan untuk menyimpan video pengawasan kamera litar tertutup, dan Synology turut mempunyai perisian yang memudahkan pengguna untuk memasang peranti storan ini untuk tujuan tersebut, yang dinamakan Synology Surveillance Station.

Dengan perisian Surveillance Station ini, Synology menyokong lebih 6000 buah kamera IP di dalam satu rangkaian, dan hadir dengan pelbagai sokongan codec penstriman seperti H264, H265, MPEG4 dan sebagainya.

Dengan perisian Surveillance Station ini, pengguna bukan sahaja boleh mengawal kesemua kamera IP yang dipasang kepada rangkaian yang sama, tetapi juga menggunakan NAS ini untuk merakam semua video-video tersebut sebagai sebuah Networked Video Recorder (NVR).

Bukan itu sahaja, Surveillance Station ini hadir dengan sistem penganalisa video, pengesan pergerakan dan kebolehan untuk melihat video secara jauh menggunakan peranti mudah alih.

Terdapat beberapa cara anda boleh memasang kamera litar tertutup kepada peranti NAS Synology anda, diantaranya ialah melalui sebuah komputer, sambungan terus kepada NAS menggunakan kabel HDMI, dan juga sambungan kepada Surveillance Station menggunakan kamera peranti mudah alih anda menggunakan aplikasi Synology LiveCam.

Dengan aplikasi LiveCam ini, anda boleh menggunakan peranti-peranti pintar yang tidak digunakan sebagai sebuah kamera pengawasan, dan sambungkannya ke Surveillance Station, supayaanda tidak perlu membeli kamera baru.

NAS Synology juga hadir dengan kebolehan merakam dan menonton video yang sangat cekap, dimana pengguna boleh menonton beberapa rakaman video pada masa yang sama untuk mempercepatkan pencarian video yang diingini. Melalui perisian Surveillance Station, pengguna turut boleh memuat turun sebahagian video yang dikehendaki tanpa perlu menyunting fail video yang besar terlebih dahulu.

Penutup

Ini adalah diantara ciri-ciri menarik yang hadir melalui peranti NAS Synology dan juga perisian DiskStation Manager 6.2 mereka. Jika anda berminat untuk membina sebuah sistem storan pusat di rumah ataupun pejabat anda, mungkin NAS Synology ini merupakan pilihan yang terbaik.

Di artikel akan datang, kita akan melihat bagaimana mudahnya pengguna boleh memasang NAS ini ke rangkaian internet di rumah dan pejabat, dan kita akan melihat diantara pelbagai ciri-ciri yang hadir melalui perisian DiskStation Manager 6.2.

Layari : Laman Rasmi Synology

Penafian : Advertorial daripada Synology



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2QDKAEQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.