Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perjalanan Gaya Hidup Aiman Tino Ingin Hidup Berdikari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perjalanan Gaya Hidup Aiman Tino Ingin Hidup Berdikari




Sewaktu membuat kemunculan sebagai penyanyi sekitar dua tahun lalu, Aiman Tino baru sahaja menamatkan persekolahan. Ketika itu, Aiman mengikut sahaja acuan seni yang dicorakkan oleh kedua-dua ibu bapanya.


Kini, pada usia 20 tahun Aiman yang menempa populariti luar biasa menerusi untaian lagu irama balada 1990-an seperti Ku Rela Dibenci, Permata Cinta dan Lara Dalam Kerinduan berkata, sudah tiba masanya untuk keluar daripada zon selesa dan mencuba perkara berbeza.


Sebelum ini, Aiman bukan tidak mahu lari daripada ruang selesa, namun dia punya alasan tersendiri untuk lebih mengutamakan kedua-dua orang tua, Yusry Ishak dan Hazelina Mat Jalil yang merupakan tulang belakang kariernya.

Aiman yang ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini berkata, sebagai anak, sebolehnya dia mahu mendahulukan khidmat ibu bapanya dalam penghasilan lagu.

“Memang saya ada niat untuk cuba keluar daripada zon selesa, cuma apabila memikirkan yang selama ini ibu dan ayah banyak membantu, impian tersebut ditangguhkan.

“Bukannya apa, selama ini merekalah yang banyak buat lagu saya, jadi untuk membuka ruang tersebut kepada orang lain timbul perasaan kurang selesa. Selepas dibawa berbincang, mereka akhirnya faham.

“Memang saya akui agak terlambat untuk kejar trend muzik, tetapi saya lebih dahulukan karya ibu dan ayah. Sebagai anak saya tidak mahu melanggar keputusan mereka dalam menentukan sesuatu perkara,” jelasnya.

Hidup sendiri

Aiman kini sudah boleh menarik nafas lega kerana akhirnya dapat membalas budi ibu bapa apabila akan membuka sebuah kedai makan di kampung halamannya, Kuala Kubu Bharu, Selangor tidak lama lagi.

Selepas itu, Aiman merancang untuk keluar dari kediaman keluarga dan hidup sendiri memandangkan usia yang semakin meningkat membuatkannya ingin berdikari.

Apatah lagi selepas melihat rakan-rakan seangkatan yang memilih hidup sendiri membuatkan dirinya teruja untuk melalui fasa berkenaan.

“Saya bukan mengikut orang, tetapi sudah sampai masanya hidup sendiri. Sebenarnya saya tidak pernah hidup berjauhan dengan keluarga.

“Oleh sebab itu, perasaan bercampur-baur antara teruja dan takut juga kerana tinggal sendirian sebenarnya memerlukan pelaburan yang banyak. Namun, itulah harga yang perlu dibayar andai saya mahu menimba pengalaman hidup,” katanya yang memilih lokasi di Shah Alam, Selangor sebagai tempat tinggalnya.

Biarpun mengambil keputusan untuk hidup sendiri, Aiman sama sekali tidak berasa khuatir kerana memikirkan diri sudah cukup matang untuk mengenal baik atau buruk sesuatu perkara.

Katanya, biarpun tinggal berdikari, tetapi keluarga di kampung tetap menjadi keutamaan dan janji Aiman, dia akan pulang ke rumah keluarga dengan kerap.

“Sebagai manusia, saya ada prinsip untuk menentukan perkara mana baik atau buruk. Semua orang ada sikap nakal dalam diri, cuma jangan melanggar batasan.

“Saya bukannya jenis yang suka melakukan perkara bukan-bukan seperti bersosial sehingga ke tempat yang tidak sepatutnya. Biarpun bukan lagi hidup bawah pantauan ibu bapa, tetapi mereka tetap keutamaan,” katanya.

Perubahan

Selain berbicara tentang perjalanan hidup, Aiman turut berkongsi berkenaan perancangan karier seninya.

Impiannya adalah mahu melakukan transisi daripada seorang penyanyi yang membawakan lagu berentak balada kepada penyanyi yang mengikut peredaran zaman terutamanya lagu bersadur rancak.

Aiman bagaimanapun enggan melakukan perubahan tersebut secara mendadak. Dia bimbang, peminat mungkin akan terkejut sekiranya tiba-tiba melakukan perubahan.

“Justeru, saya perlu lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Mungkin dari segi penampilan juga memainkan peranan penting supaya selari dengan muzik yang akan dibawa.

“Sejujurnya hati saya mahu berubah ke arah muzik yang lebih segar memandangkan rakan-rakan lain telah melakukannya. Apa salahnya saya mahu mencuba kerana ia sesuatu yang menyeronokkan,” ujarnya.

Sekiranya melakukan perubahan, Aiman hadir dengan satu janji iaitu tidak akan melupakan sisi dirinya yang lama.

Dia harap dapat mengekalkan serta mengimbangkan antara sisi baharu dan lama dirinya. Hal ini kerana, Aiman yang memperjuangkan genre muzik balada 1990-an itulah yang membuatkan namanya dikenali dalam industri.

“Bagi saya tidak salah untuk seseorang artis menukar genre sebab muzik itu pelbagai. Namun, saya tetap tidak akan melupakan lagu-lagu balada.

“Saya mahu seimbangkan antara diri saya yang lama dengan akan datang sebab percubaan yang dilakukan umpama satu eksperimen dan agak sukar untuk tahu selera pendengar,” jelasnya.

Kata orang, dunia hiburan tidak selamanya menjanjikan populariti di puncak kerana hidup ini umpama roda. Kemunculan ramai bakat baharu membuatkan Aiman mengakui sedikit sukar untuk mengekalkan posisi.

Bagi mengembalikan kedudukan tersebut, tidak terlintas dalam fikiran untuk melakukan sebarang kontroversi atau mencari publisiti murahan kerana menyifatkan ia sesuatu yang sangat berisiko.

“Sedikit pun saya tidak pernah terfikir untuk melakukan kontroversi atau publisiti sebab saya tidak berani mengambil risiko.

“Saya tidak mahu ambil jalan pintas dan buat orang menyampah, sebaliknya lebih rela bersusah-payah membina nama. Sebab kesannya sampai bila-bila orang akan ingat apa yang dilakukan. Ditambah sekarang zaman teknologi, apa sahaja perkara baik atau buruk yang dilakukan akan berada dalam internet selamanya,” tutupnya.

Selepas dua tahun bergelar penyanyi, Aiman Tino sudah cukup dewasa untuk mencorakkan sendiri perjalanan karier dan kehidupan peribadi. kosmo.com

✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2UTgPhH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.