Hi! Welcome Back and Stay Tune! Windows Sandbox – Ciri Terbaru Windows 10 Untuk Pembangun Menguji Perisian Dengan Selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Windows Sandbox – Ciri Terbaru Windows 10 Untuk Pembangun Menguji Perisian Dengan Selamat

Untuk seorang pembangun perisian, ataupun seorang pakar IT yang sedang menguji perisian baru, mereka biasanya akan membuka sebuah ruang yang dinamakan mesin maya, ataupun virtual machine untuk memastikan bahawa perisian yang digunakan di dalam ruangan tersebut tidak mengganggu sistem yang lain di dalam komputer tersebut.

Beberapa perisian mesin maya yang biasanya digunakan adalah seperti Red Hat ataupun Oracle, tetapi bagi mereka yang menggunakan sistem operasi Windows 10, Microsoft baru sahaja memperkenalkan ciri baru yang dinamakan Windows Sandbox, iaitu ciri mesin maya yang terbina di dalam sistem operasi tersebut.

Dengan Windows Sandbox, anda boleh memasang apa sahaja perisian yang kurang selamat untuk diuji, dan semua butiran dan data yang terkandung di dalam mesin maya tersebut akan dipadamkan tanpa meninggalkan apa-apa kesan.

Akan tetapi, ciri ini tidak hadir pada semua versi Windows. Jika anda mahu menggunakan ciri ini, anda perlu mnggunakan sistem operasi Microsoft Windows 10 Pro ataupun Microsoft Windows 10 Enterprise Build 18301.

Dalam pada itu, komputer anda juga perlu menuruti spesifikasi komponen yang diperlukan sebelum anda boleh menggunakan Windows Sandbox. Ia termasuklah:

  • CPU menggunakan arkitektur AMD64
  • CPU dengan sekurang-kurangnya 2 teras (4 teras disyorkan)
  • Memori DDR4 sebanyak 4GB (8GB disyorkan)
  • Storan sekurang-kurangnya 1GB (SSD disyorkan)


✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CllTEv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.