Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Melancarkan Pixel Sound – Hab Nada Dering Baru Untuk Peranti Pixel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Melancarkan Pixel Sound – Hab Nada Dering Baru Untuk Peranti Pixel

Dua minggu lepas, Google telah pun edarkan kemaskini tampalan sekuriti bulan Disember untuk Pixel 3 yang membaiki isu pengurusan RAM dan beberapa pepijat lain. Dalam kemaskini ini, Google turut mengemaskini antaramuka untuk tetapan nada dering mereka – Pixel Sound.

Tetapi, pada masa itu kemaskini ini hanya daripada changelog dalam Google Play Store dan masih belum aktif. Google turut memaparkan rakaman skrin buat tetapan baru ini. Kini setelah dua minggu, ia akhirnya aktif. Pixel Sound kini adalah satu hab nada dering baru, di mana pengguna turut boleh muat turun pelbagai jenis nada dering dari beberapa kategori yang disediakan. Antaranya adalah; Pixel Sound (yang asal), Classical Harmonies, Minimal Melodies, Reality Bytes dan Retro Riffs. Setiap kategori ini, nada deringnya perlu dimuat turun terlebih dahulu dan proses muat turunnya juga agak pantas kerana saiz failnya yang ringan.

Jika anda menggunakan peranti Pixel ia sudah boleh dikemaskini melalui Google Play Store. Tetapi, peranti anda perlu dikemaskini terlebih dahulu kepada kemaskini tampalan sekuriti Disember. Dalam Google Play Store, beberapa peranti bukan Pixel turut dilihat tersenarai untuk menggunakan aplikasi ini – tetapi atas percubaan pada peranti OnePlus 6T (tersenarai) ia masih tidak boleh digunakan lagi.

Muat Turun .APK Pixel Sound Di Google Play Store

Muat Turun .APK Pixel Sound Di APKMirror



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2UDIJy2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.