Samsung Dilaporkan Akan Membekalkan Panel OLED Lebih Nipis Dan Ringan Untuk iPhone 2019
Majoriti panel OLED yang digunakan oleh iPhone dibekalkan oleh Samsung. Ia antara penyebab mengapa iPhone X dijual pada harga yang mahal kerana kepakaran menghasilkan panel ini dipegang oleh Samsung. Pada iPhone XS dan XS Max, panel dari LG juga digunakan bagi mengurangkan kos.
Menurut laporan ETNews, Samsung akan membekalkan panel OLED yang lebih nipis dan ringan untuk iPhone 2019. Panel Y-Octa Samsung menggabungkan lapisan yang mengesan sentuhan terus pada panel skrin. Selain menghasilkan skrin OLED yang lebih ringan ia turut mengurangkan kos kerana tidak perlu menggunakan panel mengesan sentuhan berasingan. Panel OLED Y-Octa ini pertama kali digunakan oleh Samsung sejak Galaxy Note 7. Ia kemudian turut digunakan pada Oppo Find X.
Samsung mendominasi pasaran panel OLED bersaiz kecil dan sederhana dunia dengan pegangan 97.6% pasaran. Oleh sebab itu kelebihan dari segi teknologi ini, pesaing seperti Apple menggunakan panel buatan mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2UEMhQL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment