Hi! Welcome Back and Stay Tune! Moment Hadir Dengan Lensa Modular Dan Kerangka Untuk OnePlus 6 Dan OnePlus 6T - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Moment Hadir Dengan Lensa Modular Dan Kerangka Untuk OnePlus 6 Dan OnePlus 6T

OnePlus 6 dan OnePlus 6T adalah peranti mercu OnePlus untuk tahun 2018. Walaupun menerima kecaman dari peminat, peranti ini masih lagi menarik perhatian ramai kerana bahan binaan yang baik, prestasi yang hebat, pengecasan yang pantas dan banyak lagi. Tetapi antara kekurangan OnePlus 6/6T ini adalah, kameranya tidak sehebat dengan peranti mercu yang lain.

Oleh itu, atas permintaan ramai – Moment hadir dengan lensa modular dan kerangka untuk OnePlus 6/6T. Sebelum ini, Moment hanya keluarkan lensa modular dan kerangka untuk peranti Pixel atau iPhone sahaja. Jadi dengan sokongan daripada Moment ini, pengguna OnePlus kelak boleh menggunakan lensa-lensa modular Moment yang menarik seperti yang terbaru Tele 58mm untuk hasil mod bokeh dan zoom yang lebih menarik untuk gambar atau video.

Seperti aksesori Moment yang lain, untuk OnePlus 6/6T harganya juga adalah premium. Kerangka Moment dijual pada harga $29.99 (~RM125) dan lensa-lensa modular boleh didapati pada harga bermula dari $69.99 (~RM293) sehingga $149.99 (~RM627) sahaja. Untuk OnePlus 6 ia sudah pun boleh dibeli hari ini, tetapi untuk OnePlus 6T – ia akan hadir pada bulan Februari 2019 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2C9DAqr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.