WhatsApp Mula Menguji Sokongan Panggilan Suara Dan Video Berkumpulan
WhatsApp Messenger kini dilihat telah mula menguji ciri baru pada aplikasi mereka yang membolehkan pengguna membuat panggilan suara dan video secara berkumpulan. Fungsi ini buat masa ini telah boleh diuji oleh para pengguna WhatsApp Messenger versi beta di Android.
Melalui fungsi ini, pengguna boleh membuat panggilan suara atau panggilan video kepada sehingga tiga rakan lain pada waktu yang sama. Hal ini mungkin memudahkan anda berbincang mengenai sesuatu perkara dengan pantas – termasuk untuk tujuan perniagaan, dikalangan ahli keluarga, mahupun rakan-rakan.
Kami telah menguji fungsi panggilan suara dan video ini, dan ia boleh digunakan untuk membuat panggilan kepada rakan-rakan lain menggunakan WhatsApp – walaupun tidak menggunakan versi beta. Namun, untuk memulakan panggilan, ia hanya diaktifkan dikalangan pengguna versi beta sahaja.
Dengan ujian terbuka ini, kita mungkin melihat sokongan ini diperkenalkan kepada para pengguna seluruh dunia dalam masa terdekat ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2RQ3V26
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment