Luxembourg Ialah Negara Pertama Dunia Menawarkan Pengangkutan Awam Percuma
Pengangkutan awam mengurangkan kesesakan lalulintas dan adalah lebih lestari dalam mengurangkan tapak karbon individu berbanding kenderaan peribadi. Di Malaysia kerajaan mula memandang serius isu ini dan pelbagai projek penaiktarafan prasaran awam telah dilakukan. Luxembourg, melakukan langkah yang lebih drastik dengan mengumumkan kesemua pengangkutan awam adalah percuma bermula pertengahan 2019.
Langkah diambil bukan sahaja untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di negara tersebut malah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kesemua bas, trem dan kereta api di negara dengan populasi sekitar 600,000 ini boleh dinaiki percuma.
Pada musim panas tahun ini, hanya individu di bawah umur 20 tahun dibenarkan menggunakannya secara percuma. Selain ini kerajaan negara yang sedikit lebih besar berbanding negeri Melaka ini turut menawarkan perkhidmatan bas sekolah percuma. Langkah yang diambil ini pastinya merugikan kerajaan kerana menanggung kos pengangkutan tetapi menguntungkan rakyat dan alam sekitar.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rmVeR8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment