Hi! Welcome Back and Stay Tune! Snapdragon 8cx Diumumkan – Pemproses PC Pertama Dengan Teknologi 7nm - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Snapdragon 8cx Diumumkan – Pemproses PC Pertama Dengan Teknologi 7nm

Di hari ketiga Snapdragon Summitr, Qualcomm mengumumkan cip Snapdragon 8cx yang merupakan yang pertama dihasilkan oleh mereka khusus untuk kegunaan komputer peribadi. Dua pemproses PC yang dihasilkan oleh mereka sebelum ini  (Snapdragon 850 dan Snapdragon 835) adalah cip peranti mudah alih yang diubahsuai. Snapdragon 8cx juga unik kerana akan menjadi yang pertama untuk PC yang dihasilkan menerusi teknologi 7nm.

Ia direka khusus untuk segmen Always On Always Connected PC yang mampu menjalankan sistem operasi Windows 10. Seperti Snapdragon 855 yang diumumkan dua hari lalu, Snapdragon 8cx dilengkapi lapan teras Kryo 496 serta GPU Adreno 680. Ia turut mempunyai sokongan LTE menerusi modem X24 dan Wi-Fi 6 yang pantas.

Qualcomm menjanjikan peningkatan sehingga dua kali ganda lebih pantas dan 60% lebih menjimatkan tenaga berbanding cip AOAC generasi terdahulu. Ini membolehkan ia berfungsi sehingga 25 jam dengan sekali caj. Bateri kemudian boleh dicaj semula menggunakan sistem pengecasan pantas QuickCharge 4+.

Dengan peningkatan kuasa ini, komputer riba yang dihasilkan boleh menyokong sambungan dua monitor luaran dengan resolusi 4K HDR.  Tetapi pada waktu yang sama ini bukanlah cip yang direka untuk komputer gaming. Sebaliknya ia direka khusus untuk segmen komputer nipis dan ringan yang digunakan oleh majoriti pengguna di pasaran sekarang. Pengguna boleh melihat komputer riba pertama dengan cip Snapdragon 8cx ini pada separuh kedua 2019 kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2SzNMxP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.