Hi! Welcome Back and Stay Tune! YouTube Akan Memainkan Video Secara Automatik Di Bahagian ‘Home’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YouTube Akan Memainkan Video Secara Automatik Di Bahagian ‘Home’

Di Google Discovers (sebelum ini Google Feed), jika terdapat cadangan video dari Google – ia akan dipaparkan dan video akan dimainkan secara automatik. Tetapi tanpa audio, ini adalah untuk membenarkan pengguna fikir dahulu sebelum tonton – sama ada kandungan video tersebut berbaloi untuk ditonton atau tidak. Terkini, fungsi ini telah aktif di aplikasi YouTube.

Di YouTube bahagian ‘Home‘, video akan dimainkan secara automatik – tetapi tanpa audio. Menarik sekali, jika video tersebut mempunyai sari kata – sari kata turut akan dipaparkan. Melalui fungsi ini, pengguna boleh tonton sekali imbas sebelum bercadang untuk menonton video tersebut sehingga habis. Pasti ada yang risau bagaimana jika data Internet akan kehabisan kuota disebabkan fungsi ini? Pengguna boleh pilih untuk aktifkan fungsi ini melalui WiFi, data atau terus sahaja matikan.

Fungsi ini kini hadir di aplikasi YouTube untuk iOS dan Android hari ini. Apakah pendapat anda dengan fungsi ini? Adakah ia membantu?

Muat Turun: Aplikasi YouTube Untuk iOS

Muat Turun: Aplikasi YouTube Untuk Android



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L4ZXQQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.