Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Kita Mungkin Melihat Peranti Redmi Berasaskan Snapdragon 855? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Kita Mungkin Melihat Peranti Redmi Berasaskan Snapdragon 855?

Xiaomi pada minggu ini telah pun mengumumkan yang mana jenama Redmi kini diasingkan, dan ia akan beroperasi secara kendiri – sekaligus bersaing bukan sahaja dengan pelbagai jenama peranti diluar, tetapi bersama jenama peranti Poco dan juga Mi sendiri.

Peranti pertama yang diperkenalkan dibawah siri Redmi baru ini adalah Redmi Note 7 – yang mana dijangka akan hadir pada bulan Februari ini di Malaysia.

Redmi Note 7

Menariknya, menjawab pertanyaan pengguna di laman sosial, CEO Xiaomi dipetik mengatakan yang mana Redmi akan hadir dengan peranti berspesifikasi tinggi tersendiri berasaskan Snapdragon 855. Sekiranya hal ini benar, maka kita mungkin akan melihat penawaran peranti Snapdragon 855 pada harga sangat kompetitif berbanding peranti lain di pasaran.

Penawaran peranti berspesifikasi tinggi pada harga rendah melalui sub-jenama bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, kita telah melihat Xiaomi melakukannya melalui siri Pocophone, selain Huawei sendiri melakukannya melalui siri Nova.

Xiaomi sendiri telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mengambil strategi multi-jenama melalui penawaran dibawah jenama BlackSark, POCO dan juga Meitu – sekaligus menyasarkan pelbagai segmen pengguna berbeza. Siri Mi pula akan memfokuskan kepada peranti premium, sementara Redmi pula akan memfokuskan kepada telefon pintar pada harga yang menjimatkan dan kualiti yang baik.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut sub-jenama Redmi ini, dan melihat apakah kejutan yang disimpan oleh Redmi untuk pengguna seluruh dunia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2H4LLsu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.