Realme Turut Sedang Membangunkan Telefon Dengan Kamera 48-Megapixel
Pada tahun ini, kita telah melihat sejumlah pengeluar telefon pintar hadir dengan telefon menggunakan kamera 48-megapixel, termasuk Honor, Huawei dan juga Redmi. Kita mungkin akan melihat lebih ramai pengeluar hadir dengan penggunaan sensor kamera 48-megapixel, termasuk kini yang mengumumkan perancangan mereka adalah Realme.
Realme merupakan sub-jenama dibawah Oppo dan telah hadir dengan beberapa peranti menarik sebelum ini pada harga kompetitif.
Melalui temuramah bersama CEO Realme, ia dlihat pengeluar peranti berkenaan kini dalam perancangan untuk memperkenalkan Realme 3 – selain pada masa yang sama sedang membangunkan telefon pintar dengan kamera 48-megapixel. Info lanjut mengenai kedua-dua peranti ini masih tidak dikongsikan buat masa ini.
Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran terbaru Realme ini dalam minggu-minggu akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2AHhdaw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment