Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa 'tak sengaja' rogol anak disangka isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa 'tak sengaja' rogol anak disangka isteri







Seorang lelaki mengaku tidak sengaja merogol anak perempuannya sendiri selepas mabuk dan keletihan pada majlis resepsi perkahwinannya.

Dalam kejadian di Kolding, selatan Denmark pada Ogos tahun lepas, anak perempuannya yang berusia 20 tahun itu mabuk teruk dan tidak mampu pulang ke kediaman sementaranya yang terletak berdekatan.

Lelaki berusia 50 tahun itu kemudian membawa anaknya ke bilik dan membaringkannya di atas katil pengantin.


Tidak lama kemudian, pasangan pengantin itu kembali ke bilik dengan si bapa tidur di tengah-tengah di antara anak dan isteri baharunya.

Dalam penghakiman kes baru-baru ini, tertuduh berkata dia tidak sengaja merogol anak perempuannya kerana menyangkakan mangsa ialah isteri baharunya.

Anaknya bagaimanapun berkata ayahnya sengaja melakukan perbuatan terkutuk itu walaupun dia merayu agar tidak diperlakukan sedemikian dalam kejadian sekitar jam 4 dan 4.45 pagi itu.

Mangsa dipercayai tidak dapat melawan disebabkan mabuk teruk.

Tertuduh yang didapati bersalah dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan. astroawani.com



✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CgYov5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.