Oppo Tersenarai Dalam Wireless Power Consortium – Peranti Oppo Bakal Sokong Pengecasan Nirwayar?
Qi adalah format pengecasan nirwayar standard yang digunakan oleh banyak syarikat. Antaranya adalah Apple, Xiaomi, Samsung dan ramai lagi. Format pengecasan Qi ini dibangunkan oleh Wireless Power Consortium (WPC).
Terkini, Oppo dilihat telah tersenarai sebagai syarikat berdaftar dalam laman web WPC. Tidak pasti bila Oppo mendaftar syarikat mereka kepada WPC. Kebiasaannya, sesebuah syarikat yang ingin menggunakan teknologi Qi akan mendaftar beberapa bulan sebelum produk mereka diperlihatkan.
Ini bermakna, peranti daripada Oppo kelak akan menawarkan telefon pintar yang menyokong pengecasan nirwayar berasaskan Qi. Disebabkan OnePlus juga berkait rapat dengan Oppo, tidak mustahil jika OnePlus turut akan perkenalkan peranti dengan sokongan pengecasan nirwayar ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VL4pce
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment