Lazada Menawarkan “Teman Lelaki” Melalui “Slash The Leng Chai”
Lazada sebelum ini telah memberikan petanda akan menawarkan “teman lelaki” melalui platform edagang mereka, dan kini seperti dinantikan, Lazada Malaysia telah pun mengumumkan promosi baru dinamakan “Slash The Leng Chai“.
Melalui promosi ini, pengguna perlu mendapatkan 48 “slash” untuk profil pilihan mereka bermula 16 Januari sehingga 18 Januari 2019, dimana ia akan membawa kepada harga RM0. Pengguna yang berjaya seterusnya akan dihubungi oleh Lazada antara 21 ke 23 Januari 2019. Terdapat beberapa orang “teman lelaki” yang ditawarkan oleh Lazada untuk promosi ini.
Bagi anda yang berjaya, anda akan berpeluang untuk mengikuti temujanji bersama “teman lelaki” anda di salah satu pusat kebajikan pada 26 Januari 2019 kelak.
Sebelum ini, kita telah sedia melihat Lazada menjual kereta dan rumah melalui platform mereka. Kini, dengan penawaran “teman lelaki” ini, apakah lagi promosi lanjutan yang mungkin kita lihat daripada laman edagang ini?
Layari : Lazada Slash The Leng Chai
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2RPiuWO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment