Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Chroma Kini Boleh Dikawal Dengan Pembantu Maya Amazon Alexa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Chroma Kini Boleh Dikawal Dengan Pembantu Maya Amazon Alexa

Razer sedia terkenal dengan sistem lampu RGB tersendiri, Razer Chroma. Kesemua produk Razer yang mempunyai sistem Razer Chroma ini boleh dikawal dengan perisian mereka tersendiri – Synapse 3. Cuba and bayangkan, sistem RGB Razer Chroma ini adalah sebahagian dari peranti berhubung, seperti lampu pintar!

Ini adalah realiti! Razer mengumumkan kerjasama dengan Amazon, di mana semua produk Razer dengan sokongan Razer Chroma boleh dikawal dengan pembantu maya Alexa. Melalui arahan suara, pemain video kini boleh mengawal; seperti menghidupkan, mematikan, mengubah warna, mengubah profile dan sebagainya dengan arahan suara melalui Amazon Alexa.

Amazon Alexa ini kini hadir sebagai modul terbina dalam Razer Synapse 3. Pemain video boleh mengarah Alexa melalui mikrofon dari set fon kepala mereka sahaja. Ini adalah seperti kerjasama Razer dengan Philips sebelum ini yang Mana, sistem Philips Hue turut boleh dikawal bersama-sama dengan Razer Chroma. Tambahan lagi, Razer turut bekerjasama dengan Nanoleaf – panel LED pintar untuk dikawal bersama-sama.

Razer turut menyatakan di mana, integrasi seperti ini memberi peluang produk-produk Razer sentiasa berhubung ke awan dan kelak memberi ciri tambahan dalam permainan. Razer dan Amazon turut akan bekerjasama dengan pembangun permainan untuk mengintegrasi Alexa dalam permainan video, sekali gus memberi potensi besar kawalan suara dalam permainan video untuk pengalaman yang lebih imersif.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VK6JjS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.