Hi! Welcome Back and Stay Tune! Redmi Note 7 Dijangka Memasuki Pasaran Malaysia Pada Februari 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Redmi Note 7 Dijangka Memasuki Pasaran Malaysia Pada Februari 2019

Xiaomi telah pun melancarkan Redmi Note 7 untuk pasaran China secara rasminya semalam. Ia menerima reaksi positif ramai pengguna, dan kini kami telah mula mendengar daripada sumber-sumber terdekat, mengatakan Xiaomi akan membawa masuk Redmi Note 7 ke Malaysia pada bulan Februari 2019 ini.

Buat masa ini, tarikh dan harga jualan rasminya masih tidak diketahui lagi. Namun, mengikut sasaran awal, Redmi Note 7 ini dijangka dilancarkan selepas Tahun Baru Cina.

Redmi Note 7

Redmi Note 7 merupakan telefon pintar terbaru dibawah Redmi, hadir dengan skrin bertakuk kecil 6.3-inci pada resolusi 2340×1080 pixel, selain membawakan rekaan kerangka premium – termasuk penggunaan kaca 2.5D pada kerangka belakang.

Redmi Note 7 ini juga hadir dengan cip Snapdragon 660 (2.2Ghz), pilihan memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 64GB, serta menggunakan bateri 4000mAh yang dicas pantas menggunakan kabel berasaskan USB-C. Redmi Note 7 ini juga mengekalkan sokongan inframerah untuk mengawal perkakasan elektik, selain bicu audio 3.5mm.

Untuk rakaman gambar, Redmi Note 7 menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 48-megapixel dan 5-megapixel.

Xiaomi Redmi 7

Di China, Redmi Note 7 ditawarkan pada harga bermula CNY 999, iaitu sekitar RM603. Mungkin kita boleh melihat penawaran pada harga lebih kurang sama untuk pasaran Malaysia kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2QBFZ0V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.