Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS ROG STRIX SCAR II Dan Hero II Dengan Kad Grafik NVIDIA RTX Akan Tiba Pada 29 Januari – Bermula Dari RM6499 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS ROG STRIX SCAR II Dan Hero II Dengan Kad Grafik NVIDIA RTX Akan Tiba Pada 29 Januari – Bermula Dari RM6499

Di acara CES 2019  baru-baru ini di Las Vegas, NVIDIA telah mengumumkan bahawa komputer-komputer riba gaming dengan kad grafik NVIDIA RTX akan mula hadir di pasaran tidak lama lagi, dan nampaknya ASUS Malaysia telah mula mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk empat buah laptop dengan kad-kad grafik tersebut.

Model-model tersebut adalah ASUS ROG STRIX SCAR II GL504G, ASUS ROG STRIX SCAR II GL704G dan juga ASUS ROG STRIX HERO II GL504G.

Bermula dengan model ASUS ROG STRIX HERO II GL504G, ia dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga SSD PCIe sebesar 512GB. Ia juga dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB, dan menggunakan model desktop dan bukan rekaan Max-Q.

ASUS ROG STRIX SCAR II GL504G pula hadir dengan CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD PCIe sebanyak 512GB dan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB ataupun NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB versi desktop juga.

Ketiga-tiga model SCAR II dan HERO II GL504 ini dilengkapi dengan paparan skrin hampir nirbingkai bersaiz 15 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz.

ASUS ROG STRIX SCAR II GL704G hadir dengan spesifikasi yang sama berbanding dengan SCAR II GL504G versi NVIDIA RTX 2070, tetapi mempunyai paparan hampir nirbingkai bersaiz 17 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz.

Menurut ASUS Malaysia, kesemua komputer-komputer riba gaming ini akan mula dijual di kedai-kedai komputer di seluruh Malaysia bermula pada 29 Januari kelak pada harga-harga berikut:

  • ASUS ROG STRIX HERO II GL504G (NVIDIA RTX 2060) – RM6499
  • ASUS ROG STRIX SCAR II GL504G (NVIDIA RTX 2060) – RM6999
  • ASUS ROG STRIX SCAR II GL504G (NVIDIA RTX 2070) – RM8999
  • ASUS ROG STRIX SCAR II GL704G (NVIDIA RTX 2070) – RM9299


✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2FShxXt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.