Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Menguji Fungsi Yang Membenarkan Pengguna Menghalang Lagu Dari Artis Tertentu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Menguji Fungsi Yang Membenarkan Pengguna Menghalang Lagu Dari Artis Tertentu

Setiap insan mempunyai citarasa muzik yang berbeza. Ketika zaman radio, anda tidak mempunyai pilihan selain mematikan audio jika muzik yang dari artis yang dibenci berkumandang. Dengan perkhidmatan penstriman muzik yang semakin popular, pengguna diberikan pilihan mengawal lagu yang dimainkan. Tetapi kadangkala lagu yang dibenci tetapi dimainkan terutamanya apabila memainkan senarai Radio.

Spotify kini sedang menguji sistem baharu yang membenarkan pengguna menghalang lagu dari artis tertentu. Ini dilakukan dengan menekan butang menu pada laman lagu atau laman artis. Pilihan“Don’t play this artist” akan dapat dilihat dan lagu dari artis tersebut tidak akan lagi dimainkan. Sungguhpun dihalang, artis yang dihalang masih akan muncul dalam carian cuma lagu tidak akan dimainkan selain pengguna sendiri tidak membatalkan halangan.

Sebelum ini Spotify pernah mengeluarkan kenyataan fungsi ini tidak akan diberikan tetapi mungkin terpaksa mengaktifkannya selepas menerima tekanan dari pengguna sejak akhir-akhir ini. Artis seperti R Kelly misalnya kini mula diboikot kerana muncul bukti beliau melakukan jenayah seksual ke atas gadis bawah umur. Jika Spotify enggan membuang katalog lagi beliau, fungsi membenarkan artis dihalang secara manual ialah jalan penyelesaian yang maakul.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DrwXQX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.