Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kecerdasan Buatan Dibangunkan Untuk Menyusun Semula Serpihan Artifak Yang Pecah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kecerdasan Buatan Dibangunkan Untuk Menyusun Semula Serpihan Artifak Yang Pecah

Jika tidak menjadi seorang wartawan, saya dahulu amat berminat dengan bidang arkeologi. Minat terhadap sejarah ini bermula sejak kecil kerana terlalu banyak menonton filem Indiana Jones. Antara masalah utama yang dihadapi oleh ahli arkeologi ialah membina semula artifak yang telah hancur pasca proses cari gali. Ini boleh mengambil masa bertahun lamanya jika serpihan tempayan yang ditemui misalnya adalah kecil.

Niv Derech, Ayellet dan Ilan Shimshoni yang merupakan penyelidik dari University of Haifa dan Technion Israel Institute of Technology telah membangunkan kecerdasan buatan yang boleh menyusun semula serpihan artifak bersejarah. Serpihan adalah terdiri daripada fresko, tempahan dan juga patung. Ia telahpun diuji dengan jayanya untuk menyambungkan beberapa serpihan fresko zaman Bizantin yang ditemui di Cyprus.

Kelebihan kecerdasan buatan ialah ia boleh mengagak serpihan manakah yang perlu ada bersebelahan antara satu sama lain. Ini ialah masalah yang dihadapi ahli arkeologi manusia kerana wujudnya perbezaan saiz, warna dan bentuk serpihan yang hilang selepas ratusan (atau ribuan) tahun tertanam. Ia walau bagaimanapun masih belum cukup sempurna dan akan gagal berfungsi jika serpihan yang hilang adalah terlalu besar.

Kesemua proses binaan semula dilakukan di dalam perisian. Imej sambungan yang dihasilkan kemudian dijadikan panduan untuk ahli arkeologi memalukan baik pulih pada artifak sebenar. Kewujudan kecerdasan buatan ini telah lama kami nantikan. Sebelum ini ia hanya wujud sebagai program fiksyen di dalam siri TV popular CSI.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2sELpPt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.