Tiada Langsung Iklan Akan Dipaparkan Dalam Firefox Focus 9.0
Firefox Focus adalah pelayar web yang memfokuskan sekuriti dan privasi pengguna. Bayangkan ia adalah tab dalam mod incognito tetapi dalam satu aplikasi penuh.
Firefox Focus sekarang sudah mempunyai penghalang iklan berasaskan penjejak. Di mana, iklan yang akan dipaparkan adalah berdasarkan sejarah penggunaan pengguna. Dalam Bugzilla (laman menjejak pepijat Mozilla) telah diperlihatkan di mana Firefox Focus 9.0 akan mempunyai penghalang iklan yang lebih mendalam. Jadi, Firefox Focus 9.0 akan menghalang iklan sepenuhnya dan tiada langsung iklan akan dipaparkan.
Fungsi ini akan dilancarkan pada 12 Februari kelak, tetapi tiga minggu pertama hanya 50% pengguna sahaja yang akan menerima kemaskini ini. Ini adalah untuk lihat maklum balas pengguna dan bagaimana prestasi sesuatu laman web akan dimuatkan dengan penghalang iklan terbina.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2U78QN2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment