Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Menguji Paparan Keputusan Carian Tanpa Imej Kenit Sebelum Penguatkuasaan Akta Hakcipta Baru EU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Menguji Paparan Keputusan Carian Tanpa Imej Kenit Sebelum Penguatkuasaan Akta Hakcipta Baru EU

Apabila menggunakan enjin carian, adalah normal untuk melihat imej kenit (thumbnail) yang disertakan bersama berita yang ingin dibaca. Ini memudahkan pengguna memilih pautan mana yang lebih relevan dengan maklumat yang ingin dicari. Tetapi di Eropah penggunaan imej kenit ini pada keputusan enjin carian mungkin akan pupus selepas akta baru hakcipta Kesatuan Eropah (EU) berkuatkuasa yang akan berkuatkuasa tahun ini.

Bagi menunjukkan kesan akta hakcipta terbaru ini ini kepada pengguna, Google mula menguji paparan keputusan carian tanpa imej kerdil. Hasilnya ialah laman keputusan kelihatan aneh dan seakan tidak dimuat turun sepenuhnya. Selain membuatkan keputusan carian kelihatan aneh, ia turut akan mengharamkan penghasilan meme di Eropah.

Artikel 11 akta hakcipta EU akan memerlukan enjin carian seperti Google dan Bing untuk membayar pemegang hakcipta gambar terlebih dahulu sebelum digunakan sebagai imej kenit. Artikel 13 pula memerlukan enjin carian proaktif memantau gambar yang melanggar hakcipta dari dimuat naik. Undang-undang di Eropah ini berbeza dengan di Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan imej kenit yang jatuh di bawah kategori fair use.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2FD3xlj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.