Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Menghukum Kakitangan Yang Menghantar Kicauan Pada Akaun Rasmi Menggunakan iPhone - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Menghukum Kakitangan Yang Menghantar Kicauan Pada Akaun Rasmi Menggunakan iPhone

Pada 1 Januari yang lalu, akaun Twitter rasmi Huawei menghantar ucapan menyambut tahun baru 2018. Malang sekali aplikasi Twitter kini mendedahkan kicauan ini dihantar menggunakan sebuah iPhone. Kesilapan ini segera dikesan oleh pengguna Twitter sehingga menjadi bahan jenaka selama beberapa hari.

Menurut laporan Bloomberg, dua orang kakitangan Huawei telah dihukum dengan potongan gaji dan penurunan pangkat kerana kesilapan ini. Turut dilaporkan gaji kakitangan dari bahagian pemasaran digital ini dipotong sebanyak RMB5000 (~RM 3000) kerana kesilapan yang berlaku merosakkan imej Huawei yang ingin menjadi pengeluar peranti terbesar dunia dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Hukuman ini agak berat memandangkan kesilapan sebenarnya dilakukan oleh agensi luar negara yang dilantik dan bukan dua kakitangan itu sendiri.

Kesilapan di media sosial ini tidak terhad kepada Huawei. Sebelum ini akaun rasmi Apple Music dilihat menghantar kicauan menggunakan Android, akaun Samsung menghantar kicauan menggunakan iPhone dan duta beberapa produk juga melakukan kesalahan yang sama.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2VyfddG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.